Abusyakirin.com

Menyuluh Hati Mencari Cinta Ilahi

Kisah Alqamah: Antara Kemusykilan dan Kebenaran 09/05/2011

Filed under: Ilmiah,Keluarga — abusyakirin @ 8:59 am

Setiap kali sambutan Hari Ibu, seringkali kedengaran samada di radio atau televisyen satu kisah yang sangat masyhur, iaitu kisah Alqamah dan ibunya. Tidak ketinggalan pada tahun ini, dalam beberapa rancangan televisyen khasnya berbentuk keagamaan, kisah Alqamah dan ibunya turut menjadi bahan pengisian beberapa ustaz dan ustazah.

Ringkasan cerita Alqamah dan ibunya ialah, pada zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, ada seorang pemuda berada dalam keadaan nazak. Malangnya, beliau tidak mampu mengucapkan dua kalimah Syahadah, sekalipun telah berulangkali diajar dan dituturkan di telinganya. Kes ini diadukan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Ringkas ceritanya, baginda meminta ibu pemuda tersebut memaafkan dan meredhai terhadap anaknya, Alqamah. Selepas si ibu meredhai anaknya, Alqamah, barulah beliau dapat mengucapkan dua kalimah Syahadah dan sejurus selepas itu, beliau wafat.

Namun pernahkah kita berfikiran kritis, untuk mempersoalkan sejauh manakah kesahihan cerita masyhur ini, yang kita baca dan dengari sejak di bangku sekolah rendah lagi. Dari sumber manakah cerita ini datang, dan apakah penilaian para ulama Islam terhadap cerita ini, berdasarkan metodologi ahli hadis.

Sumber Cerita Alqamah dan Ibunya

Antara kitab hadis utama yang menyebut kisah ini ialah, Musnad Imam Ahmad bin Hanbal. Tetapi hanya disebut secara ringkas tanpa menyebut nama pemuda tersebut. Tersebut dalam Musnad Ahmad:

Berkata Abu Abdul Rahman (Anak Imam Ahmad): Pada awalnya terdapat dalam kitab ayahku (Imam Ahmad), hadis yang berbunyi: Telah meriwayatkan kepada kami oleh Yazid bin Harun, katanya: Telah meriwayatkan kepada kami oleh Faid bin Abdul Rahman, katanya: Aku mendengar Abdullah bin Abi Aufa berkata:

“Seorang lelaki datang menemui Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, lalu berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya di sini terdapat seorang pemuda yang sedang nazak. Diucapkan kepadanya Lailahaillallahu, beliau tidak mampu menyebutnya”. Baginda berkata, “Tidakkah ketika hidupnya, dia boleh menuturkannya?”. Kata lelaki itu, “Benar”. Baginda bertanya, “Apa yang menghalangnya daripada menyebutnya ketika hampir mati?”. Lalu beliau menyebut hadis itu secara panjang lebar.”

Kata Abu Abdul Rahman: Ayahku (Imam Ahmad) tidak meriwayatkan kepada kami hadis ini. Beliau memadamkan hadis ini dari kitabnya, kerana beliau tidak meredhai hadis Faid bin Abdul Rahman, kerana pada pendapatnya Faid bertaraf Matruk al-Hadis.
(Musnad Ahmad 32/155)

Maka jelas kepada kita walaupun kisah ini wujud dalam Musnad Ahmad, tetapi sebenarnya Imam Ahmad sendiri tidak menerima kesahihan hadis ini. Bahkan, beliau memadamkan hadis ini dari kitabnya.

Antara sumber lain yang menyebut kisah ini ialah:

- Al-Dhuafa al-Kabir oleh al-Uqaili
- Al-Maudhu’aat oleh Ibn al-Jauzi
- Masawi al-Akhlaq oleh al-Kharaiti
- Syuab al-Iman oleh al-Baihaqi
- Dalail al-Nubuwwah oleh al-Baihaqi
- Al-Tadwin Fi Tarikh Qazwin oleh al-Qazwini

Kesemua sumber-sumber tersebut menyebut kisah ini melalui jalur yang terdapat perawi bernama Faid bin Abdul Rahman. Justeru, penilaian hadis ini mesti melalui kajian kedudukan perawi bernama Faid bin Abdul Rahman, adakah beliau perawi yang kepercayaan dan menepati kriteria perawi hadis sahih, atau sebaliknya.

Rata-rata ulama hadis yang mahir dalam bidang Jarh wa Ta’dil (ilmu penilaian terhadap perawi), menilai Faid bin Abdul Rahman sebagai dhaif. Antara mereka ialah Imam Ahmad, Imam Bukhari, Ibn Maien, Abu Hatim, Ibn Hibban, al-Hakim, dan lain-lain.

Apatah lagi, kisah ini diriwayatkan oleh Faid bin Abdul Rahman daripada Ibn Abi Aufa. Dan ulama hadis lebih mencurigai hadis-hadis Faid yang diriwayatkan daripada Ibn Abi Aufa.

Kata Abu Hatim, “Hadis-hadis Faid daripada Ibn Abi Aufa adalah batil, hampir-hampir tidak ada asal baginya”. Katanya lagi, “Kalau seseorang bersumpah bahawa seluruh hadis Faid adalah bohong, maka dia tidak dianggap melanggar sumpah”.

Al-Hakim pula mengatakan, “Faid meriwayatkan daripada Ibn Abi Aufa hadis-hadis palsu”.

Penilaian Ahli Hadis Terhadap Kisah Ini

Kisah ini didhaifkan oleh ramai ahli hadis, antara mereka:

- Imam Ahmad, sebagaimana disebut oleh anaknya.

- Al-Uqaili di dalam al-Dhuafa al-Kabir. Katanya, “Tidak ada mutabaah untuknya kecuali dari perawi yang sama taraf dengannya”.

- Al-Baihaqi dalam Syuab al-Iman. Kata beliau, “Diriwayatkan secara berseorangan oleh Faid Abu al-Warqa’, dan beliau perawi yang tidak kuat”.

- Ibn al-Jauzi memasukkan hadis ini dalam bukunya al-Maudhu’aat, dan membuat komen, “Tidak sahih daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam”.

- Al-Zahabi dalam kitabya Tartib al-Maudhu’aat.

- Al-Haithami dalam Majmak al-Zawaid. Beliau berkata, “Padanya terdapat Faid Abu al-Warqa’, seorang yang bertaraf Matruk”.

- Al-Syaukani dalam Al-Fawaid al-Majmuah. Kata beliau, “Dalam sanadnya terdapat perawi yang berstatus Matruk dan Pembohong”.

Penilaian kisah ini disebut secara terperinci oleh Syeikh Masyhur bin Hasan Ali Salman dalam kitabnya ‘Qishas La Tatsbut.

Kesimpulan

- Berdasarkan kajian ulama hadis terhadap hadis ini, didapati bahawa hadis yang mengisahkan cerita Alqamah dan ibunya adalah DHAIF.

- Di samping kedhaifan kisah ini, tidak ada dalam mana-mana riwayat pun menyebut bahawa pemuda berkenaan bernama Alqamah.

- Oleh kerana kisah ini tidak sahih, dan kisah ini ada kaitan langsung dengan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, maka tidak harus disebarkan cerita ini tanpa dijelaskan kedhaifannya.

- Para penulis, penceramah, panel-panel syarahan digalakkan membawakan cerita yang lebih sahih tentang kewajipan berbuat baik terhadap ibu. Dan Alhamdulillah, di dalam Al-Quran dan Sunnah yang sahih, banyak kedapatan dalil dan contoh yang boleh menggantikan kisah Alqamah.

Sekian.

 

PRK GALAS :The Power is in your hands 27/10/2010

Filed under: Dunia,Politik,Tamadun — abusyakirin @ 1:31 am

Hari Penamaan Calon PRK DUN GALAS

Rasulullah SAW berkata “Sesungguhnya Nabi Allah Nuh Alayhi as-Salaam ketika nazak menghadapi kematian, beliau berkata kepada anaknya:

“Sesungguhnya aku mahu meninggalkan wasiat kepada kamu. Aku perintahkan kepada kamu dua perkara dan aku tegah kamu daripada dua perkara.

Aku perintahkan kamu dengan Laa Ilaaha IllaLlaah. Sesungguhnya jika tujuh petala langit dan bumi diletakkan di suatu timbangan dan Laa Ilaaha IllaLlaah diletakkan di suatu timbangan yang lain, nescaya Laa Ilaaha IllaLlaah itu lebih berat. Seandainya tujuh petala langit dan bumi itu suatu rangkaian yang samar dan rapuh, ia terjalin kukuh dan kemas dengan Laa Ilaaha IllaLlaah.

Aku juga memerintahkan kamu dengan Tasbih dan Takbir. Sesungguhnya dengan demikian terhasil kesejahteraan setiap sesuatu dan dengannya jua makhluk dikurniakan rezeki.

Aku tegah kamu dari Syirik dan Kibr (takabbur)”

Sahabat bertanya, Ya Rasulallah, sesungguhnya Syirik itu telah kami arif mengenainya. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan Kibr? Adakah menjadi Kibr jika seseorang itu memakai sepasang kasut yang baik dengan talinya yang baik?

Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Kata Sahabat berkenaan, atau apakah dengan seseorang itu mempunyai perhiasan dan beliau memakainya (lalu dianggap Kibr)?

Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Kata Sahabat berkenaan lagi, atau apakah seseorang itu mempunyai haiwan tunggangan dan beliau menunggangnya (lalu dianggap Kibr)?

Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Kata Sahabat tersebut, atau adakah jika sesiapa di kalangan kami mempunyai ramai teman dan beliau duduk bersama mereka (lalu dianggap Kibr)?

Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Lalu Sahabat tersebut bertanya, kalaulah begitu ya Rasulallah, maka apakah sebenarnya Kibr itu?

Nabi SAW menjawab, “Al-Kibr itu ialah meremeh-temehkan kebenaran (safah al-haq) dan menindas manusia (ghamth an-Naas)!”

[Dikeluarkan oleh Ahmad di dalam al-Musnad 2: 169, 170, 225. Dan oleh al-Bayhaqi di dalam al-Asmaa’ wa as-Sifaat: 79]

PERJUANGAN MENENTANG KESOMBONGAN

Setiap seorang ADUN dan Ahli Parlimen yang berjaya kita hantar ke DUN dan Parlimen Malaysia, akan mencairkan kesombongan mereka.

Mereka sombong dengan majoriti besar.

Mereka sombong kerana mereka meremeh-temehkan kebenaran.

Mereka meremehkan bukti penyelewengan pengundi usia lebih 100 tahun, mereka meremehkan isu matikan stem borang pencalonan, mereka remehkan soal pengundi hantu, mereka bercakap angkuh bahawa kerajaan Malaysia tidak perlukan pembangkang kerana mereka tidak perlu dinasihati, semuanya adalah bahasa sombong. Bahasa angkuh.

Mereka juga sombong kerana mereka menindas manusia.

Mereka menindas manusia dengan ISA, dengan memaksa rakyat mengubah cara hidup bagi menepani kenaikan harga barang, sedangkan mereka terus mewah dan membangkrapkan negara dengan rasuah dan menggelapkan harta, mereka label pembangkang sebagai pengkhianat, mereka labelkan pengundi pembangkang sebagai manusia yang tidak bersyukur, mereka biarkan rakyat negara pengeluar minyak makan siput babi, mereka biarkan Terengganu sebagai negeri yang miskin terkulat-kulit menganga melihat Masjid Kristal.

Mereka memperlekehkan kebenaran, mereka menindas sesama insan… mereka sombong kerana mereka sentiasa di atas.

Turunkan mereka!

Setiap satu undi, meruntuhkan kesombongan mereka!

Jadikan diri anda sebagai sebahagian dari Sejarah negara kita, bahawa kita adalah MANUSIA PERUBAH!

“Seeru ‘ala barakatillah”

taknak_bn.jpg

 

Tangisan Rasulullah 25/10/2010

Filed under: Tazkirah — abusyakirin @ 12:23 pm

dalam sebuah hadis rwyt al-Barra` dlm al-Tarikh olh al-Bukhari ketika Nabi saw melalui sebuah kawasan dgn para sahabat kelihatanlah di situ sekumpulan manusia sedang berkumpul, lalu Nabi saw merapati mereka lantas bertanya, apakah yg sedang dilakukan, jwapannya ialah mereka sedang menggali kubur utk si mati.Nabi saw telah mendekatkan diri ke sambil melutut di tempat kubur itu digali, dan ternyata baginda mula menangis.Pesan yg terbit drp mulut baginda saw adalah : Wahai saudara2ku, untuk perkara ini, buatlah persiapan ! ( Rwyt al-Bukhari dlm al-Tarikh )

 

Abu Bakar r.a seperti yg diriwayatkan oleh al-Bukhari & Muslim amat kuat menangis, hinggakan dlm solat apabil beliau menjadi imam, amat payah baginya meneruskan bacaan kerana orang sepertinya amat memahami tuntutan ayat, dan maksud di sebaliknya.Oleh itu beliau menjadi amat takut apabila membaca ayat-ayat tentang amaran daripada Allah dan peringatanNya.Demikian pula Umar al-Faruq r.a, seperti yg dilaporkan dlm sebuah hadis riwayat al-Bukhari secara mu’allaq dlm bab al-Azan drp Abdullah bin Syaddad, maksudnya apabila beliau menjadi imam lalu sampai pd ayat ke 86 surah Yusuf yg bermaksud :  (Nabi Yaakub) menjawab: “Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya) , beliau menangis hinggakan suaranya didengari oleh makmum pd saf yg terakhir .Jangan pula kita sangka saf mereka ni pendek macam saf solat kita pd hari ni !

Usman bin Affan juga terkemuka dgn tabiat kuat menangis, sebagai contohnya apabila berada di perkuburan beliau akan menangis hinggakan basah janggutnya seraya berkata yg bermaksud : “RasululLah saw bersabda yg bermaksud, kubur adalah tempat persinggahan yg pertama drp kehidupan akhirat, jika seseorang selamat di situ maka apa yang sesudahnya mudah baginya , sebaliknya jika di situ dia sudah tidak selamat, selepasnya akan menjadi lebih payah baginya ( rwyt al-Tirmizi, sahih )

Abdurrahman b Auf, sahabat yg terkemuka sebagai hartawan yg unggul pernah dihidangkan utknya makanan.Tidak semena-mena beliau menangis.Apabila ditanyakan kpdnya sebab tangisannya, jawapan beliau adalah aku teringat akan sahabat kita Mus’ab bin Umair yg telah mati sbelum kita sebagai syahid.Dia ternyata lebih baik drp ku.Walaupun demikian apabila dia terkorban dlm perang uhud itu tiada kain kapan yg cukup untuk menutupinya, apabila ditutup kepalanya kedua kakinya akan terdedah dan apabila ditutupi kakinya wajahnya akan terdedah…Aku bimbang segala nikmat dunia yg dianugerahkan ini merupakan suatu yg telah disegerakan oleh Allah utk dunia kita…dan diakhirat kelak, kita tidak akan memperolehi lagi nikmat2 …Lalu semua yg hadir menangis bersama2 dgnnya. ( Rwyt Muslim )

Apabil belajar ttg hadis2 seperti ini drp guru2 kami, antara al-Muhaddis al-Marhum al-Syikh Walied al-’Ani al-Hasani , barulah kami memahami bahawa tangisan adalah disebabkan rasa kebersalahan dlm diri kerana dosa .Ia berpunca daripada ilmu yg mantap dan pengetahuan terhadap tanggungjawab kita terhadap Allah yg belum dipenuhi.Juga disebbkan pergaulan kita dgn orang2 salih srta pengajaran yg diambil krn interaksi dgn merela.Harus ingat hati yg tak menangis terhadap kelemahan diri merupakan satu tanda penyakit hati sudah menimpa kita…atau dlm perkataan lain krn ia sudah keras…bimbanglah jika ia mati…

 

 

Akidah Wahabi.. 14/09/2010

Filed under: Ilmiah,Tamadun,Tazkirah,Ulama — abusyakirin @ 5:33 pm

Inilah Akidah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab yang dinyatakan sesat oleh sebahagian besar masyarakat kita.

Berikut ini akan kami bawakan risalah yang berisi soal-jawab tentang akidah Islam yang ditulis oleh Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab rahimahullah sendiri.

Menerusi karya beliau ini semoga lebih jelas bagi kita bagaimana sebenarnya aqidah [keyakinan] beliau yang mungkin bagi sebahagian kalangan pembaca telah mendapatkan kesan negatif mengenai diri beliau.

Silakan anda MEMBACA dan MERUMUS sendiri dengan pemikiran yang jernih dan hati yang tenang. Semoga Allah memberikan hidayahNya kepada kita semua. Bagaimana kita mampu menuduh, menolak, menyanggah dan mencaci maki seorang tokoh yang diiktiraf oleh ulama masa kini seperti Syeikh Yusuf al-Qaradhawi dan juga Syeikh Wahbah al-Zuhaili yang membuat sebuah karya mengenai diri syeikh ini yang dinyatakan oleh sebahagian masyarakat sebagai pengasas WAHABI.

Bacalah dengan hati yang tenang dan terbuka luas menginginkan rahmat ALLAH. Dipersilakan…

Soal: Siapakah Tuhanmu?

Jawab : Tuhanku adalah Allah yang telah memeliharaku dan memelihara seluruh alam dengan segala nikmat-Nya. Dia lah yang menjadi sembahanku, tidak ada bagiku suatu yang layak disembah selain-Nya. Sebagaimana yang difirmankan Allah dalam surat al-Fatihah (yang artinya), “Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.”

Soal: Apakah makna kata tuhan (RABB)?

Jawab : Yang menguasai dan yang mengatur, dan hanya Dia (Allah) yang berhak untuk disembah.

Soal: Apa makna kata Allah?

Jawab : Iaitu yang memiliki sifat ketuhanan dan berhak disembah oleh seluruh makhluk-Nya

Soal: Dengan apa cara kamu mengenali Rabbmu?

Jawab : Dengan memperhatikan ayat-ayat-Nya (al-Quran dan al-Sunnah = Dalil Naqli) dan makhluk-makhluk ciptaan-Nya (Dalil ‘Aqli)

Soal: Makhluk apakah yang terbesar yang boleh kamu perhatikan di antara makhluk ciptaan-Nya?

Jawab : Langit dan bumi

Soal: Apakah ayat (tanda kekuasaan)-Nya yang paling besar?

Jawab : Malam dan siang, matahari dan bulan

Soal: Apakah dalil petunjuk atas alasan itu?

Jawab : Dalilnya adalah firman Allah, “Sesungguhnya Rabb kalian adalah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arsy. Allah menutupkan malam kepada siang dan mengikutinya dengan cepat, matahari dan bulan serta bintang-bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ingatlah, sesungguhnya penciptaan dan pemberian perintah adalah hak-Nya, Maha berkah Allah Rabb seluruh alam.” (QS. al-A’raf : 54).

Soal: Untuk apakah Allah menciptakan kita?

Jawab : Untuk beribadah kepada-Nya. Firman Allah: Tidak Aku Jadikan Jin dan Manusia Melainkan Untuk Menyembah Aku (QS. al-Zariyat:56).

Soal: Apa yang dimaksud beribadah kepada-Nya?

Jawab : Mentauhidkan Allah dan metaati setiap perintah-Nya

Soal: Dalam urusan apakah, kita perlu mentaati-Nya?

Jawab : Kita taati perintah-Nya dan kita jauhi segala yang dilarang-Nya kepada kita

Soal: Apakah dalil petunjuk untuk ketaatan itu?

Jawab : Firman Allah , “Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku.” (QS. al-Zariyat : 56).

Soal: Apa ertinya firman Allah tadi,supaya mereka beribadah kepada-Ku“?

Jawab : Maknanya adalah agar mereka mentauhidkan Allah dan tidak mensyirikkan-Nya.

Soal: Apa yang dimaksud dengan tauhid?

Jawab : Tauhid adalah mengesakan Allah dalam beribadah kepada-Nya.

Soal: Apakah perkara terbesar yang dilarang Allah untuk kita?

Jawab : Perkara terbesar yang dilarang Allah adalah syirik iaitu berdoa dan memohon kepada selain Allah. Atau dengan cara memohon kepada selain-Nya (kubur wali, batu, berhala, pokok dll…) di samping berdoa kepada-Nya.

Soal: Apakah dalilnya?

Jawab : Dalilnya adalah firman Allah, “Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya (dalam beribadah) dengan sesuatu apapun.” (QS. an-Nisaa’ : 36).

Soal: Apa yang dimaksudkan dengan ibadah?

Jawab : Ibadah adalah segala amalan yang dicintai dan diredai Allah baik berupa ucapan mahu pun perbuatan sama ada yang tampak mahu pun yang tersembunyi.

Soal: Apakah yang termasuk dalam urusan ibadah itu?

Jawab : Ibadah itu banyak jenis, antaranya adalah: doa, takut, harap, tawakal, roghbah (keinginan), rohbah (kekhawatiran), khusyu’, khasy-yah (takut yang dilandasi ilmu), inabah (taubat), isti’anah (meminta pertolongan), isti’adzah (meminta perlindungan), istighotsah (meminta keselamatan dari bahaya), menyembelih, nadzar, dan jenis-jenis ibadah yang lainnya.

Soal: Apakah dalilnya?

Jawab : Firman Allah, “Seluruh masjid itu adalah milik Allah, maka janganlah kamu menyeru bersama-Nya dengan sesuatu apa pun.” (QS. al-Jin : 18).

Soal: Apa hukum bagi orang yang beribadah pada selain Allah?

Jawab : Orang yang melakukannya dihukumkan sebagai golongan musyrik dan kafir (engkar).

Soal: Apakah dalilnya?

Jawab : Firman Allah, “Barangsiapa yang menyeru bersama Allah dengan sembahan yang lain padahal tidak ada bukti (suruhan dan arahan oleh sesiapa pun) kepadanya, maka sesungguhnya perhitungannya di sisi Rabbnya. Sesungguhnya orang-orang kafir itu tidak akan mendapat keuntungan.” (QS. al-Mukminun : 117).

Soal: Perkara apakah yang diwajibkan pertama kali oleh Allah kepada kita?

Jawab : Iaitu mengingkari thaghut dan beriman kepada Allah.

Soalan: Apa yang dimaksud dengan thaghut?

Jawab : Segala sesuatu yang menyebabkan manusia itu melampaui batas, yang berupa benda yang disembah, orang yang diikuti (idola) atau tokoh yang ditaati, maka mereka itu adalah thaghut yang perlu dijauhi.

Soal: Ada berapakah thaghut itu?

Jawab : Jumlah mereka banyak, namun tokohnya ada lima jenis iaitu:

1- Iblis -semoga Allah melaknatnya-,

2- Orang yang disembah dan ia reda dengan hal itu,

3- Orang yang menyeru kepada orang lain agar beribadah kepada dirinya,

4- Orang yang mengaku mengetahui ilmu ghaib (bomoh, pawang, dukun, ahli sihir, tukang tilik dll), dan;

5- Orang yang berhukum dengan selain hukum yang diturunkan Allah.

Soal: Apakah dalilnya?

Jawab : Firman Allah, “Tidak ada paksaan dalam beragama, sesungguhnya telah jelas di antara petunjuk dengan kesesatan. Barangsiapa yang mengingkari thaghut dan beriman kepada Allah maka sesungguhnya dia telah berpegang dengan ikatan tali yang sangat kuat dan tidak akan putus, Allah Maha mendengar lagi Maha mengetahui.” (QS. al-Baqarah : 256).

Soal: Apa yang dimaksud dengan ‘Urwatul Wutsqa (ikatan tali yang sangat kuat)?

Jawab : Maksudnya adalah kalimah Laa ilaha illaLLAH.

Soal: Apa makna kalimah Laa ilaha illaLLAH?

Jawab : Laa ilaha adalah penolakan (nafiy – menafikan kuasa lain), sedangkan illaLLAH adalah penetapan (itsbat).

Soal: Apa yang ditolak dan apa yang ditetapkan?

Jawab : Aku menolak segala sembahan selain Allah dan aku tetapkan bahawa seluruh jenis ibadah harus ditujukan kepada Allah semata, tiada sekutu bagi-Nya.

Soal: Apakah dalilnya?

Jawab : Firman Allah, “Ingatlah ketika Ibrahim berkata kepada bapa dan kaumnya; sesungguhnya aku berlepas diri dari semua sembahan kalian kecuali dari Zat yang telah menciptakanku (Allah), sesungguhnya Dia pasti menunjuki (hidayahNya) pada diriku. Dan Allah menjadikan kalimat itu tetap ada pada keturunannya (Ibrahim) semoga mereka mahu kembali (kepada kebenaran).” (QS. az-Zukhruf : 26-28).

Soal: Apakah agamamu?

Jawab : Islam adalah agamaku iaitu menyerahkan diri kepada Allah dengan mentauhidkanNya, patuh kepada suruhan-Nya dengan melakukan ketaatan dan berlepas diri dari sebarang bentuk syirik dan orang yang melakukannya (ahl al-Bidaah).

Soal: Apakah dalilnya?

Jawab : Allah berfirman, “Sesungguhnya agama yang diterima di sisi Allah hanya Islam.” (QS. Ali Imran : 19).

Dan juga firman-Nya, “Barangsiapa yang mencari agama selain Islam maka tidak akan diterima amalannya itu, dan pada hari akhirat nanti dia pasti termasuk orang-orang yang rugi.” (QS. Ali Imran : 85).

Soal: Ada berapakah rukun Islam?

Jawab : Ada lima iaitu;

1- Syahadah – Laa ilaha illaLLAH dan Muhammadur Rasulullah,

2- Mendirikan sembahyang,

3- Menunaikan zakat,

4- Berpuasa sepanjang bulan Ramadan, dan;

5- Menunaikan ibadah haji ke rumah Allah yang suci jika mempunyai kemampuan.

Soal: Apakah dalil syahadat Laa ilaha illaLLLAH?

Jawab : Firman Allah, “Allah bersaksi bahawa tidak ada sembahan yang benar selain-Nya, demikian pula para malaikat dan orang-orang yang berilmu, dengan menegakkan keadilan. Tidak ada sembahan yang benar selain Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (QS. Ali Imran : 18).

Soal: Apakah dalil syahadat Muhammadur Rasulullah?

Jawab : Firman Allah, “Sekali-kali Muhammad itu bukanlah ayah salah seorang lelaki di antara kamu, namun dia adalah utusan Allah dan penutup para nabi.” (QS. al-Ahzab : 40).

Soal: Apa makna syahadat Muhammadur Rasulullah?

Jawab : Maknanya adalah mentaati perintahnya (sunnah), membenarkan beritanya (pangkat kenabian), menjauhi segala larangannya dan beribadah kepada Allah hanya dengan syari’at yang dibawa dan dijelaskan oleh Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam.

Soal: Apakah dalil solat, zakat serta tafsir dari tauhid?

Jawab : Firman Allah, “Dan tidaklah mereka disuruh melainkan supaya beribadah kepada Allah dengan penuh ikhlas melakukan amal kerana-Nya (tanpa disertai kesyirikan), mendirikan solat, dan menunaikan zakat. Itulah agama yang lurus.” (QS. al-Bayyinah : 5)

Soal: Apakah dalil puasa?

Jawab : Firman Allah, “Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan kepada kalian untuk berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang sebelum kalian agar kalian bertakwa.” (QS. al-Baqarah : 183).

Soal: Apakah dalil haji?

Jawab : Firman Allah, “Wajib bagi umat manusia untuk menunaikan ibadah haji ke Baitullah semata kerana Allah iaitu bagi orang yang mampu melakukan perjalanan ke sana. Barangsiapa yang kufur maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dan tidak berhajatkan kepada seluruh alam.” (QS. Ali Imran : 97).

Soal: Apakah prinsip ajaran dan asas penting agama Islam?

Jawab : Pinsip asas dalam Islam ada dua perkara :

[Pertama] Adalah perintah untuk beribadah kepada Allah semata dan memotivasi manusia untuk melakukannya, membangkitkan ketaatan di atasnya dan mengkafirkan orang yang meninggalkannya (tidak beribadah kepada Allah).

[Kedua] Adalah memperingatkan manusia dari segala bentuk kesyirikan dalam hal ibadah kepada Allah yang tiada sekutu bagi-Nya, bersikap keras dalam hal itu (mengingkari syirik), membangun permusuhan di atasnya dan mengkafirkan orang yang melakukannya (kemusyrikan) agar manusia terhindar daripadanya.

Soal: Ada berapakah rukun iman?

Jawab : Ada enam perkara iaitu;

1- Iman kepada Allah,

2- Iman kepada para malaikat-Nya,

3- Iman kepada kitab-kitab-Nya,

4- Iman kepada rasul-rasul-Nya,

5- Iman kepada hari akhirat, dan;

6- Beriman kepada takdir baik dan yang buruk.

Soal: Apakah dalilnya?

Jawab : Firman Allah, “Bukanlah kebaikan itu kamu memalingkan wajahmu ke arah timur ataupun barat, akan tetapi yang disebut kebaikan adalah orang yang beriman kepada Allah, hari akhir, malaikat-malaikat, kitab, dan para nabi.” (QS. al-Baqarah : 177).

Soal: Apakah dalil iman kepada takdir?

Jawab : Firman Allah, “Sesungguhnya segala sesuatu Kami ciptakan dengan takdir.” (QS. al-Qamar : 49).

Soal: Apa yang dimaksud ihsan?

Jawab : Ihsan terdiri dari satu rukun iaitu; kamu menyembah (ibadah) kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya dan jika kamu tidak mampu melihatNya, maka yakinlah bahawa Dia senantiasa melihatmu.

Soal: Apakah dalilnya?

Jawab : Firman Allah, “Sesungguhnya Allah akan bersama orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat ihsan.” (QS. an-Nahl : 128).

Soal: Siapakah Nabimu?

Jawab : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthallib bin Hasyim, sedangkan Hasyim berasal dari keturunan Quraisy, Quraisy dari bangsa Arab, sedangkan Arab merupakan keturunan Nabi Ismail putera Ibrahim al-Khalil (kekasih Allah) semoga salawat dan salam yang paling utama tercurah kepadanya dan kepada nabi kita.

Soal: Berapakah umur Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam?

Jawab : Enam puluh tiga tahun (63); empat puluh (40) tahun sebelum diangkat menjadi nabi dan dua puluh tiga tahun sebagai nabi dan rasul (23).

Soal: Dengan apakah beliau dilantik menjadi Nabi? Dan dengan apa dilantik sebagai rasul?

Jawab : Beliau dilantik menjadi Nabi dengan turunnya wahyu yang pertama iaitu “Iqra’” dan dilantik sebagai rasul dengan turunnya surah al-Muddatsir.

Soal: Di manakah tempatnya?

Jawab : Beliau berasal dari Makkah lalu berhijrah ke Madinah, dan kemudian beliau wafat di sana -semoga salawat dari Allah dan keselamatan senantiasa tercurah kepadanya- setelah Allah sempurnakan agama dengan mengutus beliau (beserta ajarannya).

Soal: Apa yang dimaksud dengan hijrah?

Jawab : Hijrah bermaksud berpindah dari negara syirik menuju ke negara Islam, sementara hijrah itu tetap berlaku sehingga tibanya hari kiamat.

Soal: Apakah dalilnya?

Jawab : Firman Allah, “Sesungguhnya orang-orang yang dimatikan oleh para malaikat itu dalam keadaan menganiaya diri mereka sendiri. Maka malaikat bertanya kepadanya; Di manakah dulu kamu berada? Mereka menjawab; Kami dulu berada dalam keadaan tertindas dan lemah di muka bumi. Mereka berkata; bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di atasnya? Mereka itulah orang-orang yang tempat kembalinya adalah neraka Jahannam dan sungguh neraka itu adalah sehina-hina tempat kembali.” (QS. an-Nisaa’ : 97).

Soal: Apakah dalilnya dari Sunnah (Hadits)?

Jawab : Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Tidaklah terputus hijrah sampai taubat terputus, dan tidak akan terputus [kesempatan] bertaubat hingga matahari terbit dari arah tenggelamnya (terbit dari arah timur).” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan ad-Darimi).

Soal: Apakah Rasul masih hidup atau sudah wafat?

Jawab : Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam telah wafat sedangkan agamanya masih tetap ada hingga tibanya hari kiamat.

Soal: Apakah dalilnya?

Jawab : Firman Allah, “Sesungguhnya kamu (Muhammad) pasti mati dan mereka pun akan mati, kemudian pada hari kiamat nanti di sisi tuhanmu, maka kamu akan bertengkar dan berhujah di hadapan tuhanmu.” (QS. az-Zumar : 31).

Soal: Apakah setelah mati manusia akan dibangkitkan?

Jawab : Ya, benar!

Soal: Apakah dalilnya?

Jawab : Firman Allah, “Dari bumilah Kami ciptakan kamu, dan ke dalamnya Kami akan mengembalikan kamu, dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi.” (QS. Thaha : 55).

Soal: Apakah hukum orang yang mendustakan hari kebangkitan?

Jawab : Orang yang melakukan pebuatan itu adalah kafir.

Soal: Apakah dalilnya?

Jawab : Firman Allah, “(Di antara sebab-sebab kufur) orang-orang yang kafir (ialah kerana mereka) mengatakan bahawa mereka tidak sekali-kali akan di bangkitkan (sesudah mati). Katakanlah: “Bahkan, demi Tuhanku, kamu akan dibangkitkan, kemudian kamu akan diberitahu tentang segala yang kamu telah kerjakan. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.” (QS. at-Taghabun : 7).

Diterjemahkan dari: Maa yajibu ‘alal muslim ma’rifatu wal ‘amalu bihi

Oleh Syaikhul Islam Muhammad bin Sulaiman at-Tamimi rahimahullah

Dengan pengantar Syaikh Abdullah bin Jarullah bin Ibrahim Alu Jarullah



 

Betulkah Kelebihan Qiyamulail pada malam Raya 11/09/2010

Filed under: Ilmiah,Tazkirah — abusyakirin @ 7:21 am

Sempena kedatangan Hari Raya Eidil Fitri, terdapat beberapa laman web dan blog islamik menyiarkan artikel tentang kelebihan menghidupkan malam hari raya dengan pelbagai bentuk ibadah. Kemudian disandarkan kelebihan tersebut kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Persoalannya, benarkah wujud anjuran khusus daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam supaya dihidupkan malam hari raya dengan qiyamullail?

Di dalam kitab Zaad al-Ma’ad, Ibnul Qayyim menyimpulkan bahawa tidak ada suatu dalil sahih pun daripada baginda tentang amalan menghidupkan malam dua hari raya (Eidil Fitri dan Eidil Adha). 1/212.

Semua hadis-hadis tentang kelebihan khas menghidupkan malam hari raya adalah tidak sahih dan tidak boleh dijadikan sumber hukum.

Hadis-hadis tersebut ialah:

Pertama:

من قام ليلتي العيدين محتسبا لله لم يمت قلبه يوم تموت القلوب

Maksudnya: Sesiapa bangun (beribadah) pada dua malam hari raya, dengan pengharapan kepada Allah, tidak akan mati hatinya pada hari matinya hati-hati.

- Direkod oleh Ibn Majah (no: 1782) daripada hadis Abu Umamah r.a.

Kata Imam Nawawi dalam Al-Azkar (171): “Ia adalah hadis dhaif. Kami meriwayatkannya daripada Abu Umamah secara marfu’ dan mauquf, dan kedua-duanya dhaif”. Kata Al-Iraqi, “Sanadnya dhaif”. Al-Albani di dalam Silsilah Dhaifah 2/11 menilainya sebagai ‘sangat dhaif”.

- Direkod juga oleh Al-Thabarani dalam Mukjam Ausath (no: 159) daripada hadis Ubadah r.a.

Komen Al-Haitami dalam Majmak Al-Zawaid (2/430): “Di dalamnya terdapat Umar bin Harun Al-Balkhiy, dan kebiasaan baginya adalah dhaif. Beliau dipuji oleh Ibn Mahdi dan selainnya, tetapi kumpulan yang ramai menilainya sebagai dhaif”. Al-Albani dalam Silsilah Dhaifah (2/11) menilainya sebagai palsu.

- Juga diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (no: 3711) daripada hadis Abu Al-Darda’, secara mauquf iaitu tidak disandarkan kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.

Kedua:

من أحيا الليالي الأربع وجبت له الجنة ، ليلة التروية و ليلة عرفة و ليلة
النحر و ليلة الفطر

Maksudnya: Sesiapa menghidupkan empat malam, maka wajib baginya syurga; iaitu malam Tarwiyah, malam Arafah, malam Raya Korban, dan malam Raya Fitri.

- Hadis ini tidak didapati dalam sumber utama kitab-kitab hadis. Di dalam sanadnya terdapat perawi bernama Abdul Rahim bin Zaid Al-Ammiy daripada ayahnya. Ulama hadis menilai periwayatan beliau daripada ayahnya sebagai mungkar. Di dalam Silsilah Dhaifah (2/12), Al-Albani menilai sebagai palsu.

Ketiga:

من أحيا ليلتي العيد وليلة النصف من شعبان لم يمت قلبه يوم تموت فيه القلوب

Maksudnya: Sesiapa menghidupkan dua malam hari raya, dan malam Nisfu Syaaban, tidak akan mati hatinya pada hari matinya hati-hati.

- Kata Ibnul Jauzi dalam Al-’Ilal Al-Mutanahiyah (3/561): “Hadis ini tidak sahih daripada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam”.

Kesimpulan:

1) Tidak ada hadis sahih tentang galakan khusus menghidupkan malam hari raya dengan ibadah. Kata Ibn Taimiyyah: “Hadis-hadis yang disebut tentang (menghidupkan malam) pada dua hari raya adalah dusta ke atas Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam”.

2) Ini bukan bererti tidak disunatkan qiyamullail pada malam raya. Ia adalah sunnah secara umum seperti malam-malam lain. Malahan sepakat ulama mengatakan sunat qiyamullail termasuk pada malam raya. Cuma, tidak sabit kelebihan khas.

Wallahu A’lam.

 

Menunggu atau Memburu Lailatul Qadar 31/08/2010

Filed under: Ilmiah,Tazkirah — abusyakirin @ 11:25 am

Bila tiba saja bulan ramadhan, umat Islam pasti akan menyebut-nyebut malam lailatul qadar. Dan perbincangan yang paling banyak ialah tentang bilakah malam lailatul qadar. Ini kerana semua sudah maklum tentang kelebihannya dan kewujudannya, namun tiada siapa yang mengetahui dengan tepat tentang bilakah malamnya.
Dinamakan sebagai Lailatul Qadar kerana al-Qadr bererti “nilai”. Ini kerana malam tersebut adalah malam yang sangat bernilai kerana padanya diturunkan al-Qur’an, padanya turunnya para Malaikat, turunnya rahmat, keberkatan dan keampunan daripada Allah SWT. Atau dinamakan juga sebagai malam yang bernilai kerana orang yang menghidupkannya dengan ibadah adalah orang yang mempunyai nilai di sisi Allah SWT dengan bertambah pahalanya dan darjatnya. Atau dinamakan juga sebagai lailatul qadar, dengan al-Qadr bererti sempit.

Ini kerana ilmu tentang bilakah malam tersebut telah dipersempitkan sehingga tidak diketahui bilakah malamnya secara pasti. Atau juga kerana dunia yang luas ini menjadi sempit pada malam tersebut kerana dipenuhi dengan para malaikat yang begitu ramai turun padanya. Atau dinamakan lailatul qadar dengan al-Qadar (huruf Dal berbaris fathah) bererti ketentuan. Ini kerana pada malam tersebut para Malaikat menulis ketentuan-ketentuan takdir, rezeki, ajal dan sebagainya untuk tahun tersebut. Di mana, para Malaikat akan mengetahui apa yang akan berlaku, supaya mereka boleh laksanakan perintah yang dititahkan oleh Allah SWT.
Terdapat banyak hadis yang membincangkan tentang malam lailatul qadar. Dan antara hadis yang boleh dijadikan panduan dalam mencari malam lailatul qadar ialah:
Hadis pertama:
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ وَيَقُولُ تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

Ertinya: Aisyah r.a. menyatakan: “Rasulullah s.a.w. beriktikaf pada sepuluh hari yang terakhir pada bulan ramadhan, dan baginda bersabda: “Carilah lailatul qadar pada sepuluh (malam) yang terakhir daripada bulan ramadhan”. Hadis riwayat Bukhari.

Hadis kedua:
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنْ الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

Aisyah r.a. menyatakan: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Carilah lailatul qadar pada (malam) yang ganjil daripada sepuluh (malam) yang terakhir daripada bulan ramadhan”. Hadis riwayat Bukhari.

Hadis ketiga:
عن ابْن عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ يَعْنِي لَيْلَةَ الْقَدْرِ فَإِنْ ضَعُفَ أَحَدُكُمْ أَوْ عَجَزَ فَلَا يُغْلَبَنَّ عَلَى السَّبْعِ الْبَوَاقِي

Ertinya: Ibn Umar r.a. meriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda: “Carilah lailatul qadar pada sepuluh (malam) yang terakhir. Dan jika kamu lemah, maka janganlah lagi lemah (dalam mencarinya) pada tujuh (malam) yang masih berbaki”. Hadis riwayat Ahmad dan Muslim.
Kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan hadis-hadis tadi ialah lailatul qadar itu berada pada sepuluh malam yang terakhir pada bulan Ramadhan. Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

(hadis keempat)
هِيَ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ
Ertinya: “Ia (lailatul qadar) adalah pada sepuluh yang akhir”. Hadis riwayat Bukhari.

Bahkan Imam Abdul Razzaq telah meriwayatkan dalam kitabnya al-Musonnaf, bahawa Saidina Umar pernah memanggil para sahabat untuk membincangkan bilakah malam lailatul qadar, dan akhirnya mereka sepakat bahawa ia adalah pada sepuluh malam yang terakhir.

Namun tidak diketahui pada malam manakah daripada malam yang sepuluh itu. Kerana inilah Qadhi I’yadh menyatakan, tidak ada satu malam pun daripada sepuluh malam yang terakhir melainkan ada pendapat ulamak yang memilihnya sebagai lailatul qadar. Rujuk Fathul Bari, juz 4, m/s 333.
Al-Hafiz Ibn Hajar dalam kitabnya Fathul Bari, Syarah Sohih Bukhari telah menaqalkan lebih daripada empat puluh enam pendapat tentang bilakah lailatul qadar. Dan kesimpulan yang beliau nyatakan ialah:

“…Dan yang paling rajih (tepat) ialah lailatul qadar itu pada (malam-malam yang) ganjil pada sepuluh malam yang terkahir. Dan ia pula berpindah-pindah sebagaimana yang difahami daripada hadis-hadis dalam bab ini. Dan yang paling diharapkan ialah pada malam-malam ganjil pada sepuluh yang terakhir ini, dan yang paling diharapkan antara malam-malam ganjil tersebut di sisi para ulamak mazhab Syafie ialah malam dua puluh satu atau malam dua puluh tiga sebagaimana hadis Abu Said al-Khudri (mlm 21) dan hadis Abdullah bin Unais (malam 23). Dan yang paling diharapkan antara malam-malam ganjil tersebut di sisi jumhur (majoriti) ulamak pula ialah pada malam dua puluh tujuh”.

Rujuk Fathul Bari, juz 4, m/s 335.
Dan bagi Imam Syafie, malam yang paling diharapkan berlakunya lailatul qadar ialah malam ke dua puluh satu. Imam Tirmizi menyatakan dalam kitabnya Sunan Tirmizi, bahawa Imam Syafie menyatakan:

“Dan riwayat (hadis) yang paling kuat di antara hadis-hadis (tentangnya) pada pandanganku ialah ia pada malam dua puluh satu”. Rujuk Tuhfatul Ahwazi, juz 3, m/s 424.
Dan antara hadis yang menguatkan pandangan ini ialah,
Hadis kelima:
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي رَمَضَانَ الْعَشْرَ الَّتِي فِي وَسَطِ الشَّهْرِ فَإِذَا كَانَ حِينَ يُمْسِي مِنْ عِشْرِينَ لَيْلَةً تَمْضِي وَيَسْتَقْبِلُ إِحْدَى وَعِشْرِينَ رَجَعَ إِلَى مَسْكَنِهِ وَرَجَعَ مَنْ كَانَ يُجَاوِرُ مَعَهُ وَأَنَّهُ أَقَامَ فِي شَهْرٍ جَاوَرَ فِيهِ اللَّيْلَةَ الَّتِي كَانَ يَرْجِعُ فِيهَا فَخَطَبَ النَّاسَ فَأَمَرَهُمْ مَا شَاءَ اللَّهُ ثُمَّ قَالَ كُنْتُ أُجَاوِرُ هَذِهِ الْعَشْرَ ثُمَّ قَدْ بَدَا لِي أَنْ أُجَاوِرَ هَذِهِ الْعَشْرَ الْأَوَاخِرَ فَمَنْ كَانَ اعْتَكَفَ مَعِي فَلْيَثْبُتْ فِي مُعْتَكَفِهِ وَقَدْ أُرِيتُ هَذِهِ اللَّيْلَةَ ثُمَّ أُنْسِيتُهَا فَابْتَغُوهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ وَابْتَغُوهَا فِي كُلِّ وِتْرٍ وَقَدْ رَأَيْتُنِي أَسْجُدُ فِي مَاءٍ وَطِينٍ فَاسْتَهَلَّتْ السَّمَاءُ فِي تِلْكَ اللَّيْلَةِ فَأَمْطَرَتْ فَوَكَفَ الْمَسْجِدُ فِي مُصَلَّى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةَ إِحْدَى وَعِشْرِينَ فَبَصُرَتْ عَيْنِي رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنَظَرْتُ إِلَيْهِ انْصَرَفَ مِنْ الصُّبْحِ وَوَجْهُهُ مُمْتَلِئٌ طِينًا وَمَاءً
Ertinya: Abu Said al-Khudriy r.a. menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. beriktikaf dalam bulan Ramadhan pada 10 hari pertengahan bulan. Bila sampai hari ke dua puluh, baginda pulang ke rumah baginda. Dan orang-orang yang beriktikaf bersama mereka juga pulang. …kemudian baginda bersabda:

“Aku beriktikaf pada sepuluh hari ini (pertengahan bulan), kemudian jelas kepadaku untuk beriktikaf pada sepuluh yang terkahir ini. Maka sesiapa yang beriktikaf bersamaku, maka hendaklah dia kembali beriktikaf di tempat iktikafnya. Dan sesungguhnya aku sudahpun diperlihatkan (bilakah) malam lailatul qadar, kemudian aku dilupakannya. Maka carilah ia pada sepuluh yang terakhir, dan carilah pada setiap (malam yang) ganjil. Dan sesungguhnya aku melihat (tandanya ialah) aku bersujud di atas air dan tanah yang lembik (selut). Dan pada malam itu (malam dua puluh satu) turunnya hujan, sehingga menitis (air hujan) ke dalam masjid di tempat solat Rasulullah s.a.w. Dan aku melihat Rasulullah s.a.w. setelah selesai dari solat subuh, wajah baginda penuh dengan air dan tanah yang lembik. Hadis riwayat Bukhari.
Sebahagian ulamak Syafieyyah menganggap malam 21 adalah malam pertama sepuluh malam yang terakhir, dan ia adalah malam lailatul qadar. Ibn Hazm al-Zahiri pula berpendapat lailatul qadar adalah pada malam ke 21 jika bulan Ramadhan hanya 29 hari, dan ia adalah pada malam ke 20 jika bulan itu genap 30 hari. Rujuk Fathul Bari, juz 4, m/s 332.
Dan bagi yang berpendapat ia adalah malam ke 23, mereka berpandukan kepada hadis riwayat Muslim, daripada Abdullah bin Unais r.a. sebagaimana hadis tadi (hadis keempat, riwayat Abu Said al-Khudri), cumanya dalam hadis tersebut dinyatakan ia adalah pada malam ke 23. Dan Abdullah bin Unais r.a. juga berpendapat demikian. Dikuatkan lagi dengan kata-kata Muawiyah r.a. bahawa malam lailatul qadar adalah pada malam ke 23. Riwayat Ibn Abi Syaibah, dengan isnad yang sohih. Tambahan lagi malam ke 23 adalah malam pertama daripada tujuh malam yang berbaki, jika bulan tersebut hanya 29 hari.
Dan bagi yang berpendapat ia adalah pada malam ke 24, mereka berhujah dengan kata-kata Ibn Abbas:

“Carilah (lailatul qadar) pada malam ke dua puluh empat”. Riwayat Bukhari.

Namun ada juga yang menganggap maksud Ibn Abbas ialah malam 24 adalah malam pertama daripada tujuh malam yang masih berbaki, yang dituntut oleh Rasulullah s.a.w. untuk kita mencari lailatul qadar.
Dan jumhur ulamak pula yang menganggap kemungkinan terbesar lailatul qadar adalah pada malam ke 27. Mereka berdalilkan dengan
Hadis keenam:
عن زِرّ بْن حُبَيْشٍ يَقُولُ: سَأَلْتُ أُبَيَّ بْنَ كَعْبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ فَقُلْتُ إِنَّ أَخَاكَ ابْنَ مَسْعُودٍ يَقُولُ مَنْ يَقُمْ الْحَوْلَ يُصِبْ لَيْلَةَ الْقَدْرِ، فَقَالَ رَحِمَهُ اللَّهُ: أَرَادَ أَنْ لَا يَتَّكِلَ النَّاسُ. أَمَا إِنَّهُ قَدْ عَلِمَ أَنَّهَا فِي رَمَضَانَ وَأَنَّهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ وَأَنَّهَا لَيْلَةُ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ، ثُمَّ حَلَفَ لَا يَسْتَثْنِي أَنَّهَا لَيْلَةُ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ. فَقُلْتُ: بِأَيِّ شَيْءٍ تَقُولُ ذَلِكَ يَا أَبَا الْمُنْذِرِ؟ قَالَ: بِالْعَلَامَةِ أَوْ بِالْآيَةِ الَّتِي أَخْبَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهَا تَطْلُعُ يَوْمَئِذٍ لَا شُعَاعَ لَهَا
Ertinya: Zir bin Hubaisy berkata, aku bertanyakan Ubai bin Kaab tentang kata-kata Ibn Mas’ud:

“Sesiapa yang bangun beribadat sepanjang tahun, maka dia akan mendapat lailatul qadar”. Lalu Ubai r.a. menjawab: Tujuan Ibn Mas’ud r.a. adalah supaya orang ramai tidak hanya bergantung pada tarikh tertentu dan meninggalkan ibadat. Sebenarnya beliau memang tahu bahawa ia hanya pada bulan ramadhan, dan ia hanya pada sepuluh malam yang terakhir dan ia adalah pada malam ke 27. Kemudian beliau (Ubai bin Kaab r.a.) bersumpah tanpa teragak-agak bahawa lailatul qadar adalah pada malam ke 27. Lalu aku (Zir bi Hubaisy) bertanya: Apakah sebab kamu berkata demikian wahai Abul Munzir (gelaran Ubai bin Kaab r.a.)? Beliau menjawab: Dengan alamat atau tanda yang mana Rasulullah s.a.w. memberitahu kepada kami bahawa (matahari) pada hari itu akan timbul tanpa sinaran cahaya. Hadis riwayat Muslim.
Dan yang menguatkan lagi ia adalah pada malam 27, perkataan ( هي ) yang bererti ia (kata ganti nama yang merujuk kepada lailatul qadar), pada surah al-Qadar adalah kalimah yang ke 27. Tambahan lagi, kalimah lailatul qadar ( ليلة القدر ) dalam bahasa arab adalah sembilan huruf. Dan ia pula disebut sebanyak tiga kali dalam surah tersebut. Maka jumlah keseluruhan huruf kalimah adalah 27. Namun tafsir ini hanyalah tafsir isyari sahaja, dan bukanlah asas tafsir yang ilmiah.
Kesimpulan yang boleh diucapkan tentang persoalan ini, ialah beramallah dengan bersungguh-sungguh pada 10 yang akhir, kerana kita meyakini kewujudannya, sekalipun tidak tahu tentang bilakah masanya. Apatah lagi ramai di kalangan ulamak yang menganggap masanya boleh berubah-ubah malamnya, sebagaimana pendapat Imam Malik, Sufyan al-Sauri, Imam Ahmad, Ishaq bin Rahuyah dan lain-lain.
Perbanyakkanlah amal ibadah pada 10 hari yang terakhir ini. Dan inilah yang telah dilakukan oleh baginda s.a.w. sebagaimana kata Aisyah r.a. (hadis riwayat Muslim). Ini kerana ilmu tentangya telah dipersempitkan, supaya kita semua menambahkan lagi ibadat kita bukan hanya tertentu pada satu malam sahaja, bahkan pada malam-malam yang berbilang-bilang.

Bahkan Rasulullah s.a.w. menganggap diangkatkan daripada baginda ilmu tentang lailatul qadar itu sebagai satu perkara yang baik untuk kita (Hadis Bukhari), kerana ia menambahkan lagi ibadah kita. Semoga kita semua mendapat bonus malam lailatul qadar yang sangat hebat, yang merupakan lebih baik daripada seribu bulan, yang menyamai 83 tahun 4 bulan[1].

[1] Berdasarkan perbincangan ini dan pendapat para ulamak, maka pendapat yang mengatakan bahawa Nuzul Qur’an pada 17 Ramadhan adalah pendapat yang dhoif. Ini kerana al-Qur’an dengan jelas menyatakan bahawa ia diturunkan pada malam lailatul qadar. Dan lailatul qadar pula adalah pada sepuluh malam yang akhir, sebagaimana dalam hadis-hadis dan juga kesepakatan para sahabat. Dan 17 Ramadhan tidaklah termasuk dalam sepuluh malam yang terakhir. Ia juga menunjukkan bahawa solat sunat lailatul qadar adalah satu perkara yang bid’ah dan bukannya satu perkara yang sunat. Namun, yang sedihnya, terdapat buku yang menyunatkan demikian. Ini kerana solat tersebut tidaklah terdapat dalam mana-mana hadis. Lagipun, masa untuk melakukannya juga tidak diketahui, kerana tidak ada yang mengetahui dengan tepat, bilakah malam lailatul qadar. Dan Allah SWT Yang Maha Mengetahui.

 

Hadis berkenaan Ramadhan yang Dhaif dan Palsu 20/08/2010

Filed under: Ilmiah,Tazkirah — abusyakirin @ 11:23 pm

Setiap kali datangnya bulan Ramadhan maka kita tak pernah jemu mendengar hadith-hadith Nabi sallallahu`alaihwassalam berkaitan puasa,kelebihan bulan Ramadhan dan keutamaannya,maka tak hairanlah ramai yang menulis atau menyampaikan tazkirah atau ceramah mereka menggunakan hadith-hadith Nabi sallallahu`alaihhwassalam yang sahih dan tak kurang juga yang menggunakan hadith-hadith yang dha`if (lemah)dan maudhu`(palsu). Tujuan mereka baik dan dipuji ,namun tujuan sahaja baik tidak memadai jika tidak mengikut landasan syariat.Contohnya hadith berkaitan fadhilat-fadhilat solat tarawih mengikut malam-malam tertentu yang terang-terang kesemuanya adalah maudhu (palsu). Sepakat para ulama hadith mengatakan haram meriwayatkan hadith daripada Nabi sallallahu`alaihwassalam yang palsu(maudhu`).Walaupun begitu, berkenaan dengan hadith Dha`if maka ulama berbeza pendapat tentang hukum beramal dengannya, Al-Hafiz Ibnu Hajar menghuraikan tiga syarat yang perlu dipatuhi untuk beramal dengan hadith dha`if antaranya:

1)Kedha`ifannya tidak terlalu teruk(dha`if Jiddan)

2)Ia termasuk dibawah prinsip atau dalil yang diamalkan

3)Tidak boleh yakin tentang thabitnya ketika beramal dengannya bahkan mesti berhati-hati.

[Rujuk Taisir Mustalah al-Hadith 65-66]

Ulama Hadith juga meletakkan syarat untuk meriwayatkan hadith Dha`if :

1) Tidak berkaitan dengan akidah

2)Periwayatan itu bukan tentang hukum syara` yang berkaitan dengan halal dan haram.Dan harus diingat jika hadith apabila meriwayatkan hadith dha`if tanpa sanad atau dha`if maka jangan terus berkata: ” Rasulullah sallallahu`alaihwasallam bersabda” tetapi hendaklah berkata “Diriwayatkan daripada….atau sampai kepada kami…diceritakan kepada kami supaya kita tidak secara pasti menisbahkan hadith tersebut kepada Rasulullah sallallahu`alaihwassalam.

Sikap kita hendaklah kita merujuk kepada ahli-ahli hadith untuk kita menceritakan sesuatu hadith,atau merujuk kepada kitab-kitab hadith tinggalan para ulama`hadith.Berikut ancaman Nabi sallallahu`alaiwasallam kepada sesiapa yang menceritakan hadith yang didengarnya tanpa mengetahui taraf hadith itu sama ada ianya maqbul(diterima,sahih dan hasan) ataupun ianya tertolak mardud(dha`if dan maudhu`)Sabda Nabi sallallahu`alaihwassalam:

مَنْ حَدَّثَ عَنِّي بِحَدِيثٍ يُرَى أَنَّهُ كَذِبٌ فَهُوَ أَحَدُ الْكَاذِبِينَ

Barangsiapa menceritakan hadith dariku dan hadith tersebut diketahui dusta(tidak sahih) maka dia adalah salah seorang pendusta.(HR.Muslim)

Kata Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani: “Ini hukum orang yang diam(tidak menerangkan) dari hadith-hadith lemah dalam fadhail(kelebihan).Lantas bagaimana dalam masalah hukum dan sejenisnya?

(Rujuk Tamammul minnah hal:33)

Kenyataan Syaikh al-Albani ini menunjukkan bahawa sebagaimana hadith-hadith dha`if dan maudhu` dilarang meriwayatkannya begitu juga menyembunyikannya(tidak memberitahu akan kecacatan hadith)juga termasuk dalam ancaman hadith di atas.Jadi tertolaklah juga dakwaan yang mengatakan:” Tak mengapa pakai hadith Dha`if dalam fadhail(kelebihan)!”

Maksudnya jika mendiamkan diri ( tidak menjelaskan status hadith yang maudhu` atau lemah) itu juga termasuk dalam ancaman sebagai seorang pendusta apatah lagi kita yang dengan mudah-mudah menyebarkan hadith palsu atau lemah(setelah diketahui statusnya) tersebut walaupun dengan niat untuk menyampaikan peringatan (tazkirah)

Sabda Nabi sallallahu`alaihwasallam lagi:

من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار

Barangsiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja maka persiapkanlah tempat duduknya dalam neraka.(HR.Muslim)

Maka berdusta ke atas seseorang adalah dikira berdosa besar di sisi Allah inikan pula berdusta di atas nama Nabi sallallahu`alaihwasallam,malah sepakat para ulama menyatakan bahawa setiap nas (baik al-Quran ataupun Sunnah) yang menunjukkan larangan dan juga ancaman azab atau neraka maka ia membawa kepada hukum haram.Maka berdusta di atas nama Nabi sallallahu`alaihwasallam adalah suatu dosa yang besar.Berikut hadith-hadith dha`if yang popular yang sering disandarkan kepada Nabi sallallahu`alaihwasallam sekitar puasa dan bulan ramadhan:

HADITH PERTAMA

وهو شهر أوله رحمة,ووسطه مغفرة,وآخره عتق من النار

Bulan Ramadhan adalah sebuah bulan yang awalnya adalah rahmat,pertengahannya adalah keampunan sedangkan akhirnya adalah pembebasan dari api neraka.

Diriwayatkan oleh al-Mahamili dalam al-Amali no:50.,Ibnu Abi Dunya,al-Khatib dan Ibnu Asakir.

Hadith ini di dalam rantaian perawinya terdapat Sallam (Ibn Sulaiman Ibn Siwar)

Kata `Uqaili : Tiada asalnya hadith ini dari az-Zuhri

Kata Imam az-Zahabi di dalam Al-Mizan : Ibnu `Adiy berkata: Sallam ini mungkar hadithnya

Kata al-Albani: Hadith ini sangat dha`ifDi dalam sanadnya terdapat Ali b.Zaid b.Jad`an.Dia itu orang yang lemah sebagaimana dikatakan oleh Imam Ahmad dan lain-lainnya.Kata Imam Ibnu Khuzaimah: “Saya tidak berhujjah dengannya disebabkan hafalannya yang lemah.(Lihat adh-Dho`ifah:871,1569),demikian pula kata al-`Uqaili

HADITH SAHIH

Adapun sangat banyak hadith sahih yang menyatakan tentang kelebihan,kerahmatan,dan diampunkan dosa di dalam bulan Ramadhan antaranya:

إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة,وغلقت أبواب النيران,وصفدت الشياطين

Apabila datang bulan Ramadhan,telah dibuka pintu-pintu syurga,telah ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan

HR Bukhari: 3277,Muslim:1079

من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم منذنبه

Barangsiapa yang berpuasa ramadhan penuh dengan keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah,maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu.

HR.Bukhari dan Muslim

Banyak lagi hadith-hadith yang lebih sahih dan lebih patut kita gunakan untuk disebarkan dan untuk beramal.

HADITH KEDUA

Ramai yang membaca doa ketika berbuka dengan doa dari hadith ini,membacanya tidaklah salah kerana kita dituntut untuk berdoa kepada Allah dengan apa bentuk doa sekalipun namun yang menjadi kesalahan apabila kita terus menyandarkan doa tertentu kepada Nabi sallallahu`alaihwasallam tanpa mengetahui sama ada ianya sahih ataupun lemah.Hadithnya:

اللهم لك صمت ,وعلى رزقك أفطرت

Ya Allah,untuk Mulah saya berpuasa dan atas rezekiMulah saya berbuka.

Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Daud: 2358,Baihaqi 4/239,Ibnu Abi Syaibah:9744,Ibnu Sunni:479 dan Baihaqi dalam Syu`abul Iman:3902.

Lemahnya hadith ini kerana majhulnya Mu`az b.Zahrah(perawi dalam sanadnya),dan dia itu seorang tabi`in yang langsung meriwayatkan dari Rasulullah,maka hadithnya mursal(diriwayatkan oleh tabi`e terus kepada Nabi,gugur nama sahabat dalam rantaian sanadnya )dha`if.Dan sanad Hadith ini mudhtarib.Oleh kerana itu hadith ini dilemahkan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani dan al-Albani

(Rujuk Takhrij Adzkar hlmn 367,Irwa`:919)

Yang sebenarnya doa yang disebut oleh Nabi sallallahu`alihwasallam yang lebih sahih hadithnya ialah:

ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتلتِ العُرُوقُ, وَثَبَتَ الَأجْرِ إن شاء الله

Telah hilang rasa haus,dan telah basah kerongkongan serta tetaplah pahala,insya Allah.HR.Abu Daud dan lainnya.

Lihat Irwa`:920,Shahih Jami` no:4678

Banyak lagi hadith-hadith yang popular namun ianya lemah malah maudhu` maka sikap kita sebagai seorang yang cintakan Nabi sallallahu`alaihwassalam sentiasa beriltizam untuk mengikut sunnahnya yang sahih ,banyak lagi hadith-hadith sahih yang jarang kita membaca dan mencarinya ,sepatutnya kita sentiasa peka dengan hadith-hadith Nabi benarlah kata-kata ulama kita:

في الصحيح الحديث شغل عن سقيمه

Dalam hadith yang sahih itu terdapat kesibukan dari hadith yang lemah.

(al-Jami`lil akhlak Rawi wa Adabi Sami` 1524,al-Khatib-Baghdadi.)

Maksudnya daripada kita menyibukkan diri dengan hadith-hadith yang dha`if banyak lagi hadith yang sahih yang sepatutya kita menyibukkan diri mencari,membaca,beramal dan menyebarkanya.Marilah kita sentiasa mengikuti sunnah Nabi yang sahih dan agar kita selamat dari termasuk dalam golongan yang berdusta di atas nama Nabi sallallahu`alihwasallam.Dan berwaspadalah dengan hadith-hadith yang dha`if atau maudhu` apakah kita sanggup Ramadhan kita dicemari dengan dosa mendustakan Nabi?

 

Kelebihan Ramadhan Dan Berpuasa 10/08/2010

Filed under: Ilmiah,Tazkirah — abusyakirin @ 6:11 am

1. Dibuka Pintu Syurga, Ditutup Pintu Neraka Dan Dibelenggu Syaitan:

Apabila tiba Ramadhan:
i. dibuka pintu-pintu syurga [Bukhari/1765]
ii. dibuka pintu-pintu Ar-Rahmah [Muslim/1794]
iii. dibuka pintu-pintu langit [Bukhari/1766]
iv. dan ditutup pintu-pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu. [Muslim/1793] [Muslim/1764] [Muslim/1793] [Muslim/1794] [Bukhari/1766]

2. Memperoleh Kebaikan Apabila Bersegera Berbuka Puasa:

Tidaklah hilang kebaikan bagi manusia selama mana mereka bersegera dalam berbuka puasa [Muslim/1838] [Bukhari/1821] [Muwattha’/561] [Muwattha’/562]

Telah datang aku (Abi `Atiyyah) dan Masruq kepada `A’isyah dan berkatalah kami: “Wahai Ummi l-Mu’minin, dua orang lelaki dari kalangan sahabat Muhammad SallaLlahu `alaihi wasallam, salah seorang dari keduanya menyegerakan berbuka puasa dan menyegerakan solat, dan seorang lagi melambatkan berbuka puasa dan melambatkan solat”.
Dia (`A’isyah) berkata: “Yang manakah di antara keduanya yang menyegerakan berbuka puasa dan menyegerakan solat?”
Dia (Abu `Atiyyah) berkata: Berkatalah kami (Abu `Atiyyah dan Masruq) “`AbduLlah iaitu Abu Mas`ud”.
Dia (`A’isyah) berkata: “Itu sepertimana yang dilakukan oleh Muhammad SallaLlahu `alaihi wasallam”. [Muslim/1839] [Muslim/1840]

3. Memasuki Syurga Melalui Pintu Ar-Rayyan:

Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada hari qiyamat kelak. Tidak masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Diumumkan: “Di manakah orang yang berpuasa?” Maka mereka pun masuk melaluinya (pintu Ar-Rayyan). Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, ditutup (pintu itu) maka tiada lagi orang lain yang akan memasukinya. [Muslim/1947] [Bukhari/1763]

4. Diampunkan Dosa Lampau:

Sesiapa yang mendirikan (solat malam) pada Ramadhan dengan keimanan dan mengharapkan keredhaan, diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu. [Muslim/1266] [Muslim/1267] [Bukhari/1768]

Sesiapa yang berpuasa pada Ramadhan dengan keimanan dan mengharapkan keredhaan, diampunkan baginya segala dosanya yang telah lalu [Muslim/1268] dan sesiapa yang mendirikan (solat malam) pada Lailatu l-Qadr dengan keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu. [Muslim/1268] [Bukhari/1768]

5. Kelebihan Lailatu l-Qadr:

Lailatu l-Qadr lebih baik daripada 1000 bulan [Surah Al-Qadr/3]

Bilakah Lailatu l-Qadr ?

(i) 7 Malam Terakhir:

Terdapat beberapa orang dari kalangan sahabat RasuluLlah SallaLlahu `alaihi wasallam telah bermimpi melihat Lailatu l-Qadr pada tujuh hari yang terakhir. Rasulullah SallaLlahu `alaihi wasallam berkata: “Mengikut pandanganku, mimpi kamu bertepatan dengan tujuh hari yang terakhir. Oleh itu sesiapa yang ingin mencarinya hendaklah mencarinya pada tujuh yang terakhir”. [Muslim/1985]

Carilah Lailatu l-Qadr pada tujuh yang terakhir [Muslim/1986]

(ii) 10 Malam Terakhir:

Maka sesiapa yang mencarinya (Lailatu l-Qadr) maka carilah ia pada sepuluh yang terakhir. [Muslim/1990]

Aku telah bermimpi Lailatu l-Qadr kemudian sebahagian dari ahli keluargaku mengejutkan aku lalu aku lupa akannya, maka kamu carilah ia pada sepuluh yang berbaki (sepuluh malam terakhir). [Muslim/1992]

(iii) 10 Malam Terakhir Yang Ganjil (Tidak Genap):

Aku telah bermimpi Lailatu l-Qadr tetapi aku terlupa waktunya. Carilah ia dalam sepuluh malam terakhir yang ganjil. [Muslim/1993] [Muslim/1995]

Seorang lelaki bermimpi bahawa Lailatu l-Qadr pada malam ke-27, maka berkatalah Nabi SallaLlahu `alaihi wasallam: “Pada pandanganku mimpi kamu pada sepuluh yang terakhir, maka tuntutlah ia pada yang ganjil darinya (carilah Lailatu l-Qadr pada 10 malam terakhir yang bilangannya ganjil. [Muslim/1987]

(iv) 10 (Atau 9) Malam Terakhir:

Carilah kamu Lailatu l-Qadr pada sepuluh terakhir – atau dia berkata – sembilan terakhir. [Muslim/1991]

(v) 10 Malam Terakhir Atau Jika Tidak Mampu 7 Malam Terakhir:

Carilah ia pada sepuluh yang terakhir – iaitu Lailatu l-Qadr – maka jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu maka janganlah lemah (tidak mampu) pada tujuh yang berbaki (kuatkanlah diri untuk mencari Lailatu l-Qadr pada 7 malam terakhir jika tidak mampu mencari pada sepuluh malam terakhir). [Muslim/1989]

(vi) Malam Ke-27:

Dari Ubai bin Ka`ab dia berkata: Berkata bapaku tentang Lailatu l-Qadr, “Demi Allah, sesungguhnya memang aku mengetahuinya”. Berkata Syu`bah, “Dan petunjuk paling besar (tentang Lailatu l-Qadr) ialah malam yang RasuluLlah SallaLlahu `alaihi wasallam memerintahkan kami dengan qiyam (solat malam) padanya, iaitu malam ke-27”. [Muslim/2000]

6. Ganjaran `Umrah Pada Bulan Ramadhan:

Apabila tiba Ramadhan maka kerjakanlah `umrah kerana mengerjakan `umrah padanya (bulan Ramadhan) sama dengan (ganjaran) mengerjakan haji. [Muslim/2201] atau mengerjakan haji bersama-sama aku (RasuluLlah) [Muslim/2202]

7. Sebagai Pelindung:

Puasa itu pelindung. [Bukhari/1761] [Bukhari/1771] [Muslim/1943] [Muslim/1944]

8. Bau Mulut Orang Berpuasa Lebih Harum:

Dan demi diriku (Muhammad) yang di Tangan-Nya, sememangnya bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah Ta`ala (pada hari Qiyamat) dari bau al-misk (minyak wangi). [Bukhari/1761] [Bukhari/1771] [Muslim/1942] [Muslim/1944] [Muslim/1945] [Muslim/1946]

9. Ganjaran Berpuasa Dibalas Khas Oleh Allah:

Setiap amalan anak Adam adalah baginya kecuali puasa, ia (puasa) adalah untuk Aku, dan Aku yang akan memberi ganjaran akannya. [Bukhari/1771] [Muslim/1942] [Muslim/1944]

Dia (orang yang berpuasa) meninggalkan makanannya dan minumannya dan syahwatnya untuk Aku, puasa buat-Ku dan Aku yang akan mengurniakan ganjaran buatnya berserta kebaikan dengan sepuluh (ganda) yang seumpama dengannya. [Bukhari/1761]

10. Mendapat Dua Kegembiraan:

Dua kegembiraan yang dia bergembira dengan kedua-duanya: apabila dia berbuka puasa dia bergembira (dengan iftarnya) dan apabila dia berjumpa dengan Tuhannya dia bergembira dengan puasanya. [Bukhari/1771] [Muslim/1944] [Muslim/1945] [Muslim/1946]

11. Dijarakkan Wajahnya Dari Neraka:

Tidaklah seseorang hamba berpuasa pada suatu hari di jalan Allah (sabiliLlah), melainkan kerananya Allah menjarakkan pada hari itu wajahnya dari neraka sejauh 70 musim luruh. [Muslim/1948] [Muslim/1949]

 

Cara berzikir selepas Solat berjama’ah menurut (Fatwa)Imam Syafi’e dan (Fatwa)Ulama’ Syafi’yah. 05/08/2010

Filed under: Ilmiah — abusyakirin @ 4:12 pm

Berzikir Dengan Suara Perlahan Atau Kuat: Kita Lihat Pendapat Mazhab Syafi’e
Berzikir Dengan Suara Perlahan Atau Kuat:

Kita Lihat Pendapat Mazhab Syafi’e

Masyarakat awam Malaysia secara umumnya sudah terbiasa untuk berzikir di setiap kali selesai solat (setelah salam) dengan cara berjama’ah dan suara yang kuat (dinyaringkan atau dilagukan).

Di antara dalil yang mereka gunakan adalah hadis dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu sebagaimana berikut:

أَنَّ رَفْعَ الصَّوْتِ بِالذِّكْرِ حِينَ يَنْصَرِفُ النَّاسُ مِنْ الْمَكْتُوبَةِ كَانَ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ كُنْتُ أَعْلَمُ إِذَا انْصَرَفُوا بِذَلِكَ إِذَا سَمِعْتُهُ

Terjemahan: Bahawasanya mengeraskan suara di ketika berzikir setelah para jama’ah mendirikan solat fardhu, adalah biasa dilakukan pada zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Berkata Ibnu ‘Abbas:
Dahulu aku mengetahui bahawa berakhir solat (selesai solat) itu adalah apabila telah mendengar suara zikir.

Rujukan:
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, Kitab al-Azan, 3/345, no. 796. Muslim, 3/239, no. 919)

Disebabkan masyarakat kita secara umumnya telah sepakat bahawa kita di Malaysia mengamalkan Mazhab Syafi’e, di sini saya mengambil keputusan untuk mengetengahkan perkataan ulama Syafi’iyah sendiri dalam memahami hadis tersebut.

Imam asy-Syafi’e sendiri telah menjelaskan berkenaan hadis ini sebagaimana yang disebutkan oleh Imam an-Nawawi rahimahullah:

وحمل الشافعي رحمه الله تعالى هذا الحديث على أنه جهر وقتا يسيرا حتى يعلمهم صفة الذكر لا أنهم جهروا دائما قال فاختار للإمام والمأموم أن يذكر الله تعالى بعد الفراغ من الصلاة ويخفيان ذلك الا أن يكون اماما يريد أن يتعلم منه فيجهر حتى يعلم أنه قد تعلم منه ثم يسر وحمل الحديث على هذا

Terjemahan: asy-Syafi’e rahimahullahu Ta’ala menjelaskan berkenaan hadis ini, bahawasanya (Nabi) mengeraskan suara di dalam beberapa tempoh waktu sahaja, ia adalah bertujuan untuk mengajar para sahabatnya berkenaan cara-cara berzikir, bukan bererti mereka (Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan sahabatnya) sentiasa mengeraskan suaranya. Beliau (asy-Syafi’e) berkata:

Aku berpendapat bahawa seseorang imam dan makmum hendaklah mereka berzikir kepada Allah, sebaik selesai menunaikan solatnya, dan hendaklah mereka merendahkan suara zikirnya, kecuali bagi seseorang imam yang mahu supaya para makmumnya belajar (berkenaan zikir) darinya, maka dia boleh mengeraskan zikirnya, sehingga apabila dia merasa (mengetahui) bahawa mereka telah memahami (belajar), maka hendaklah ia kembali merendahkan (memperlahankan) suaranya ketika berzikir.

Rujukan:
(Imam an-Nawawi, Syarah an-Nawawi ‘ala Muslim, 5/84)

Imam an-Nawawi rahimahullah sendiri pula turut berkata:

يندب الذكر والدعاء عقب كل صلاة ويسر به. فإن كان إماما يريد تعليمهم جهر. فإذا تعلموا أسر

Terjemahan: Disunnahkan untuk berzikir dan berdoa di setiap kali selesai solat (fardhu) dan hendaklah ia merendahkan suaranya. Apabila seseorang imam dan hendak mengajarkan makmumnya (tentang bacaan zikir), maka ia boleh untuk mengeraskan suaranya, kemudian apabila mereka telah mengetahui, ia kembali merendahkan (suara zikirnya).

Rujukan:
(Imam an-Nawawi, at-Tahqiq fil Fiqh asy-Syafi’e, m/s. 219. Dinukil dari Muhammad Ariffin Badri, Zikir ‘ Ala Tasawuf, m/s. 152-154.

Imam Yahya B. Abil Khoir al-’Imrani (bermazhab Syafi’e), setelah menyebutkan beberapa riwayat berkenaan zikir-zikir Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau memberikan kesimpulan:

فتحمل رواية من روى أنه دعا وجهر. على أنه أراد بذلك ليتعلم الناس. وتهمل رواية من روى أنه مكث قليلا ثم انصرف على أنه دعا سرا بحيث يسمع نفسه

Terjemahan:
Riwayat perawi yang meriwayatkan bahawa beliau (Shallallahu ‘alaihi wa Sallam) berdoa (berzikir) dan mengeraskan suaranya, ditafsirkan bahawa beliau (Shallallahu ‘alaihi wa Sallam) melakukan perkara tersebut supaya para sahabatnya dapat belajar dari beliau (Shallallahu ‘alaihi wa Sallam). Dan riwayat perawi yang menyebutkan bahawa beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam diam sejenak (setelah selesai solat) kemudian bangun dan pergi, difahami bahawa beliau berdoa dengan merendahkan suaranya, sehingga beliau hanya memperdengarkan untuk dirinya sahaja.

Rujukan:
(Yahya B. Abil Khoir, al-Bayan, 2/250. Dinukil dari: Muhammad Ariffin Badri, Zikir ‘ Ala Tasawuf, m/s. 133)

Berkenaan hadis tersebut juga, Syaikh ‘Abdullah B. ‘Abdurrahman al-Bassam di dalam Syarahnya ke atas ‘Umdatul Ahkam berkata:

Di sini sebenarnya harus difahami bahawa Ibnu ‘Abbas masih kecil dan dia tidak turut serta dalam solat berjama’ah. Dia mendengar suara tahlil dari luar masjid. Dapat juga diertikan bahawa beliau menyertai solat berjama’ah, tetapi beliau di shaf yang jauh sehingga tidak ada orang yang menyambung suara kepadanya, menjadikan beliau tidak mengetahui telah berakhirnya solat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melainkan dengan mendengar suara tahlil dari saf-saf yang awal.

Rujukan:
(‘Abdullah B. ‘Abdurrahman al-Bassam, Syarah Hadis Pilihan Bukhari Muslim, m/s. 266. Edisi Terbitan/terjemahan Darul Falah)

Alasan yang sama turut dijelaskan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar al-’Asqolani yang bermazhab Syafi’e:

فقال عياض الظاهر أنه لم يكن يحضر الجماعة لأنه كان صغيرا ممن لا يواظب على ذلك ولا يلزم به فكان يعرف انقضاء الصلاة بما ذكر وقال غيره يحتمل أن يكون حاضرا في أواخر الصفوف فكان لا يعرف انقضاءها بالتسليم وإنما كان يعرفه بالتكبير وقال بن دقيق العيد يؤخذ منه أنه لم يكن هناك مبلغ جهير الصوت يسمع من بعد

Terjemahan:
Berkata ‘Iyadh (al-Qadhi ‘Iyadh), bahawa Ibnu ‘Abbas tidak hadir menyertai solat jama’ah tersebut kerana usianya yang masih kecil, ia tidak termasuk di antara orang-orang yang terus-menerus menghadiri jama’ah, maka beliau mengetahui habisnya solat berdasarkan keadaan tersebut. Ulama selainnya mengatakan, kemungkinan Ibnu ‘Abbas hadir di akhir Saf, maka beliau tidak mengetahui selesainya solat berdasarkan salam, akan tetapi beliau mengetahuinya dengan takbir. Ibnu Daqiq al-’Ied berpendapat, dari sini dapat dibuat kesimpulan bahawa di ketika itu tidak ada orang yang menyampaikan takbir imam (muballigh) supaya didengar oleh orang-orang yang berada di akhir saf.

Rujukan
(Al-Hafiz Ibnu Hajar, Fathul Bari Syarah Shohih al-Bukhari, 2/326)

Demikianlah penjelasan berkenaan hadis Ibnu ‘Abbas di atas berdasarkan para ulama dari kalangan mazhab Syafi’e.

Kemudiannya, kaedah di dalam persoalan ini sebenarnya dapat dilihat secara umum dan khusus:

1 – Secara umumnya, adab dalam berzikir itu adalah dengan suara yang perlahan dan bukan dikeraskan.

Ini dijelaskan melalui dalil berikut yang bersifat umum:

وَلا تَجْهَرْ بِصَلاتِكَ وَلا تُخَافِتْ بِهَا

Terjemahan: Dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan janganlah pula merendahkannya.

Rujukan
(Surah al-Israa’, ayat 110)

Imam asy-Syafi’e rahimahullah berkata tentang ayat ini:

Maksud kata الصلاة (ash-Sholah) wallahu Ta’ala a’lam adalah doa. لا تَجْهَرْ (Laa Tajhar): Janganlah engkau mengangkat suaramu, وَلا تُخَافِتْ (wa laa tukhofit): Janganlah engkau rendahkan sehingga engkau sendiri tidak mendengarnya.

Rujukan:
(Imam asy-Syafi’e, al-Umm, 1/127)

Juga firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

وَاذْكُرْ رَبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالآصَالِ وَلا تَكُنْ مِنَ الْغَافِلِينَ

Terjemahan: Dan berzikirlah kepada Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.

Rujukan:
(Surah al-A’raaf, ayat 205)

Ini dijelaskan lagi dengan larangan daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berdasarkan kepada riwayat berikut:

Dari sebuah hadis dari Abu Musa al-’Asy’ari, beliau menceritakan:

رفع الناس أصواتهم بالدعاء في بعض الأسفار، فقال لهم النبي صلى الله عليه وسلم: “أيها الناس، أربعوا على أنفسكم، فإنكم لا تدعون أصمَّ ولا غائبًا؛ إن الذي تدعونه سميع قريب

Terjemahan: Ketika itu, orang ramai mengeraskan (memperkuatkan) suaranya di dalam berdoa di ketika melakukan safar (perjalanan), maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun berkata (membantah perbuatan mereka yang mengeraskan suara dalam berdoa):

Wahai manusia, kasihanilah diri kamu. Kerana kamu sebenarnya tidak menyeru kepada yang tuli (pekak) dan yang jauh, sesungguhnya Dzat yang kamu seru adalah Maha Mendengar lagi sangat dekat.

Rujukan:
(Al-Hafiz Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur’anil Adzim, 3/539)

Dalam riwayat yang lain, dari Abu Musa al-’Asya’ari:

كنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم في غَزَاة فجعلنا لا نصعد شَرَفًا، ولا نعلو شَرَفًا، ولا نهبط واديًا إلا رفعنا أصواتنا بالتكبير. قال: فدنا منا فقال: “يا أيها الناس، أرْبعُوا على أنفسكم؛ فإنَّكم لا تدعون أصمّ ولا غائبًا، إنما تدعون سميعًا بصيرًا، إن الذي تدعون أقربُ إلى أحدكم من عُنُق راحلته. يا عبد الله بن قيس، ألا أعلمك كلمة من كنوز الجنة؟ لا حول ولا قوة إلا بالله”

Terjemahan:
Ketika kami bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam di dalam sebuah peperangan, tidaklah kami mendaki tanah tinggi, memanjat bukit, dan menuruni lembah, melainkan kami meninggikan suara ketika bertakbir. Kemudian beliau pun mendekati kami lalu bersabda:

Wahai sekalian manusia, tahanlah diri kamu, sesungguhnya kamu tidak berdoa kepada Tuhan yang Maha mendengar dan Maha melihat. Sesungguhnya Tuhan yang kamu seru itu lebih dekat kepada seseorang di antara kamu daripada leher binatang tunggangannya. Wahai ‘Abdullah B. Qais, mahukah engkau aku ajarkan sebuah kalimah yang termasuk perbendaharaan Syurga? Iaitu ucapan “La haula walaa quwwata illaa billah” (Tidak ada daya dan kekuatan melainkan hanya dengan pertolongan Allah).

Rujukan:
(Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, no. 19599. Tahqiq Syaikh Syu’aib al-Arnauth: Isnadnya sahih berdasarkan syarat dua kitab sahih (Bukhari dan Muslim))

Maka, secara umumnya, adab dalam berzikir itu adalah dengan suara yang perlahan dan bukan dikuatkan. Cukup dengan sekadar diri sendiri yang mendengarnya.

2 – Zikir boleh dikuatkan (diperdengarkan suara bacaannya kepada yang lain) dengan beberapa sebab yang mengkhususkannya. Ini dapat dilihat melalui beberapa dalil sebagaimana salah satunya dari Ibnu ‘Abbas di atas, yang dijelaskan oleh para ulama sebagai bertujuan untuk mengajar.

Ini dapat kita fahami bahawa, dalam soal mahu mengajar sudah tentu zikir perlu diperdengarkan demi untuk memberi tahu kepada para pelajarnya. Namun, dalam praktik untuk ibadah, hendaklah kita mematuhi dengan baik adab-adabnya setelah mengetahui dari apa yang telah dipelajarinya. Demikianlah sebahagian adab dalam berzikir yang merupakan salah satu bentuk ibadah yang mulia dengan tatacaranya, yang bukan untuk dilaksanakan mengikut hawa nafsu.

Prinsip dalam berzikir ini diperkuatkan lagi dengan beberapa penjelasan ulama yang lainnya, antaranya adalah al-Hafiz Ibnu Katsir yang bermazhab Syafi’e, katanya:

أي: اذكر ربك في نفسك رهبة ورغبة، وبالقول لا جهرًا؛ ولهذا قال: { وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ } وهكذا يستحب أن يكون الذكر لا يكون نداء ولا جهرًا بليغًا؛ ولهذا لما سألوا رسول الله صلى الله عليه وسلم فقالوا: أقريب ربنا فنناجيه أم بعيد فنناديه؟ فأنزل الله: { وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ }

Terjemahan:
Berzikirlah kepada Tuhanmu dalam hatimu dengan rasa penuh harap dan takut, dan dengan suaramu (lisanmu) tanpa mengeraskannya, dengan sebab itulah Allah berfirman: Dan dengan tidak mengeraskan suara. Dan demikianlah yang disunnahkan, hendaklah zikir itu dengan suara yang tidak sampai seperti suara orang memanggil, dan (bukan dengan) suara yang keras, oleh sebab itu juga di ketika para sahabat bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

Adakah Tuhan kita itu dekat, sehingga kita bermunajat (berdoa dengan berbisik-bisik) kepada-Nya ataukah jauh sehingga kita memanggilnya?

Maka Allah pun menurunkan firman-Nya:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku adalah dekat, Aku memperkenankan permohonan orang yang memohon bila ia memohon pada-Ku.

Rujukan:
(Al-Hafiz Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur’anil Adzim, 3/538)

Sekali lagi dipetik perkataan Imam an-Nawawi dari sumber yang lain dalam syarahnya ke atas hadis Abu Musa al-’Asy’ari, beliau berkata:

ارفقوا بأنفسكم واخفضوا أصواتكم فان رفع الصوت انما يفعله الانسان لبعد من يخاطبه ليسمعه وأنتم تدعون الله تعالى وليس هو بأصم ولاغائب بل هو سميع قريب وهو معكم بالعلم والاحاطه ففيه الندب إلى خفض الصوت بالذكر اذا لم تدع حاجة إلى رفعه فانه إذا خفضه كان أبلغ فى توقيره وتعظيمه فان دعت حاجةالى الرفع رفع كما جاءت به أحاديث

Terjemahan:
Kasihanilah dirimu, dan rendahkanlah suaramu, kerana mengeraskan suara itu biasanya dilakukan seseorang kerana orang yang diajak berbicara berada di tempat yang jauh agar ia mendengar suaranya (apa yang hendak disampaikan). Sedangkan kamu sedang menyeru Allah Ta’ala, dan Dia tidaklah tuli dan tidak juga jauh, akan tetapi Dia Maha Mendengar dan Maha Dekat dan bersama kamu dengan ilmunya sehingga dalam hadis ini mengandungi anjuran supaya merendahkan suara zikir, selagi mana tidak ada keperluan untuk mengeraskannya, kerana dengan merendahkan suara itu lebih menunjukkan tanda penghormatan dan pengagungan. Dan bila ada keperluan untuk mengeraskan suara, maka boleh untuk dikeraskan, sebagaimana yang disebutkan dalam beberapa hadis.

Rujukan:
(Imam an-Nawawi, Syarah an-Nawawi ‘ Ala Muslim, 17/26)

Dari penjelasan Imam an-Nawawi ini kita dapat melihat bahawa secara asasnya setiap orang yang berzikir itu hendaklah dengan merendahkan suaranya, melainkan apabila ada alasan untuk mengeraskannya, sebagai contoh misalnya apabila seseorang imam atau guru (cikgu) yang hendak memberi tunjuk-ajar dan membimbing makmumnya (atau orang-orang tertentu dari para pelajar) memahami wirid-wirid atau zikir-zikir yang dahulu diucapkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam asy-Syafi’e rahimahullah.

Perkara ini dikuatkan dengan dalil sebuah riwayat sebagaimana yang dilakukan oleh Ibnu Abbas radiallahu ‘anhu ketika beliau menjadi imam di dalam solat jenazah di saat dia hendak mengajarkan kepada makmumnya bahawa disunnahkan membaca al-fatihah dalam solat jenazah:

عَنْ طَلْحَةَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَوْفٍ قَالَ صَلَّيْتُ خَلْفَ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَلَى جَنَازَةٍ فَقَرَأَ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ قَالَ لِيَعْلَمُوا أَنَّهَا سُنَّةٌ

Terjemahan:
Dari Thalhah bin ‘Abdillah bin ‘Auf, beliau berkata: Aku pernah mensolatkan jenazah dengan berimamkan Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, maka beliau membaca surat al-Fatihah (dengan suara keras), kemudian beliau berkata: Supaya mereka mengetahui bahawa ini (membaca al-fatihah dalam solat jenazah) adalah sunnah.”

Rujukan:
(Riwayat Bukhori, 1/448, hadis no: 1270)

Berdasarkan sedikit kupasan di atas ini, alhamdulillah dapat dibuat kesimpulan dengan beberapa point bahawa:

1 – Mazhab asy-Syafi’e menyatakan bahawa amalan berzikir di setiap kali setelah selesai solat fardhu adalah sunnah (dianjurkan).

2 – Cara berzikir selepas solat adalah dilaksanakan dengan secara individu.

3 – Dilaksanakan dengan suara yang perlahan dan bukan dikuatkan, cukup sekadar diri sendiri yang mendengarnya.

4 – Boleh dikeraskan bacaan sekiranya bertujuan untuk mengajar dan memberi bimbingan kepada orang lain yang mahu memperlajarinya.

Untuk melihat contoh-contoh zikir yang disunnahkan untuk diamalkan apabila telah selesai solat fardhu (sebaik selepas salam), bolehlah melihat artikel saya yang lalu bertajuk: No. 98 – Zikir-zikir Selepas Solat Fardhu Yang Tsabit Dari Sunnah.

Sekian, Wallahu a’lam…

 

Puasa Selepas Setengah Syaaban 28/07/2010

Filed under: Ilmiah,Tazkirah — abusyakirin @ 9:11 am

PUASA SELEPAS SETENGAH SYAABAN.

Pendapat Ulama
Di dalam masalah ini terdapat tiga pendapat:

a. Pendapat Pertama
Harus berpuasa selepas setengah Syaaban. Ini adalah pendapat jumhur ulama di kalangan mazhab Hanafi, mazhab Maliki , dan mazhab Hanbali .

b. Pendapat Kedua
Makruh berpuasa selepas setengah Syaaban bagi mereka yang tiada kelaziman puasa sebagai adat. Adapun bagi yang ada kelaziman puasa, hukumnya tidak makruh. Ini adalah pandangan mazhab Syafie

c. Pendapat Ketiga
Haram berpuasa selepas setengah Syaaban. Ini pendapat Ibnu Hazm Al-Zahiri.

Dalil

• Dalil Pendapat Pertama
Jumhur ulama berhujah dengan hadis di dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
لا يتقدّمنّ أحدكم رمضان بصوم يوم أو يومين، إلا أن يكون رجل كان يصوم صومه فليصم ذلك اليوم
Maksudnya : “Janganlah salah seorang kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari. Kecuali seseorang yang berpuasa dengan satu puasa (adat kebiasaannya) maka berpuasalah pada hari itu”

Penjelasan dalil
Hadis tersebut melarang mendahului Ramadhan dengan puasa sehari atau dua hari. Ini bererti boleh mendahuluinya jika lebih daripada itu. Iaitu selepas setengah Syaaban.

• Dalil Pendapat Kedua
Mazhab Syafie pula berhujah dengan hadis riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
إذا انتصف شعبان فلا تصوموا
Maksudnya: “Apabila tiba setengah Syaaban, maka janganlah berpuasa”

• Dalil Pendapat Ketiga
Ibnu Hazm berhujah dengan hadis yang sama, iaitu larangan daripada puasa selepas setengah Syaaban.

Pendapat Yang Rajih

- Tidak ada larangan berpuasa selepas setengah Syaaban, kecuali dalam hadis Abu hurairah, “Apabila tiba setengah Syaaban, maka janganlah berpuasa”. Maka perlu kepada penyelidikan tentang kesahihan atau kedhaifannya.

- Hadis ini diperselisihkan pada kedudukannya. Ada yang menilainya sahih seperti: Imam Tirmizi, Al-Hakim, Ibn Hazm, Al-Tahawi, Ibn Abdil Barr dan lain-lain.

- Dan ada yang menilainya dhaif seperti Abdul Rahman bin Mahdi, Imam Ahmad, Abu Zur’ah, Al-Atsram, Abu Daud, Baihaqi, Nasai, dan lain-lain.

- Pendapat yang lebih sahih tentang hadis ini -Wallahu A’lam- ialah pendapat yang mendhoifkannya, kerana:

1) Mereka yang menilainya dhaif, lebih pakar dan mahir dalam ilmu hadis dan kecacatan hadis. Kata Ibn Rajab: “Hadis ini dinilai sahih oleh Tirmizi, Ibn Hibban, Hakim, Tahawi, dan Ibn Abdil Bar. Dan ia dipertikaikan oleh ulama yang lebih hebat daripada mereka”.

2) Hadis ini menyalahi beberapa fakta lain, antaranya:

i) Mafhum hadis sahih (Bukhari dan Muslim) iaitu hadis yang melarang berpuasa sehari atau dua hari sebelum Ramadhan. Ertinya jika lebih daripada dua hari, maka ia tidak dilarang. Maka menunjukkan puasa selepas 15 Syaaban diharuskan.

ii) Hadis Aisyah yang mengatakan Nabi berpuasa hampir keseluruhan Syaaban. Dalam hadis Bukhari dan Muslim, kata Aisyah: “Bahawa Rasulullah SAW berpuasa Syaaban keseluruhannya. Iaitu baginda berpuasa Syaaban kecuali sedikit”. Ini menunjukkan bahawa baginda berpuasa walaupun selepas 15 Syaaban.

Kesimpulan

- Mereka yang cenderung mengatakan hadis larangan puasa selepas 15 Syaaban adalah sahih, maka hukumnya makruh berpuasa kecuali ada kelaziman puasa.

- Mereka yang cenderung kepada mendhaifkan hadis tersebut -dan ia lebih tepat- hukum berpuasa adalah harus, tidak ada sebarang larangan samada haram atau makruh.
Wallahu A’lam.

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.