Abusyakirin.com

Menyuluh Hati Mencari Cinta Ilahi

Good Governance of al-Ghazali 26/05/2009

Filed under: Dunia,Ilmiah,Politik,Tamadun,Teknologi — abusyakirin @ 1:57 am



Good Governance of al-Ghazali

Imam al-Ghazali (505 H / 1111 AC) in his ‘Nasihat al-Mulk‘ (Counsel for Kings) pointed out that the Muslim authorities and rulers should subscribe to ten major rules in order to establish justice alas attaining God’s love which is the summum bonum in their life. Those rules or principals are:

1) rulers should first of all understand the importance, and also the danger, of the authority entrusted to him. If the rules exercise the authority righteously will obtain unsurpassed happiness; but if they fail to do so, he incurs torment surpassed only by the torment for unbelief.

2) Rulers should be always thirsting to meet devout ‘ulama’ and ask them for advice; and that he should beware of meeting ‘ulama’ with worldly ambitions who might inveigle, flatter and seek to please him in order to gain control over his terrestrial bidy by stealth and deceit.

3) A Ruler should understand that he must not be content with personally refraining from injustice, but must discipline his slave-troops, servants, and officers and never tolerate unjust conduct by them; for he will be interrogated not only about his own unjust deeds but also about those of his staff.

4) The holder of authority should not be dominated by pride; for pride gives rise to the dominance of anger, and will impel him to revenge. Anger is the evil genius and blight of the intellect.

5) In every situation which arises, (the ruler) should figure that he is the subject and that other person is the holder of authority; and that [he should not sanction for others] anything that he would not sanction for himself. Were he to do so, he would be making fraudulent and treasonable use of the authority entrusted to him.

6) A ruler should not disregard the attendance of petitioners at his court and should beware of the danger of so doing. As long as the people have grievances, he need not occupy his time with supererogatory religious observances; for redressing the griviences of the people is more meritotious than any work of supererogation.

7) A ruler should not form a habit of indulging the passions. (For example), even though he might dress more finely or eat more sumptously, he should be content with all (that he has); for without contentment, just conduct will not be possible.

8) A ruler should make the utmost effort to behave gently and avoid governing harshly. It was mentioned by the Prophet Muhammad SAW that holders of authority who treat the subjects gently will themselves be treated gently during the Resurrection day.

9) A ruler should endavour to keep all the subjects pleased with him. A holder of authority should not let himself be so deluded by the praise he gets from any whoapproach him as to believe that all the subjects are pleased with him.

10) A ruler should not give satisfaction to any person if a contravention of God’s law would be required to please him; for no harm will come from such a person’s displeasure.

Cited from: Bagley, F.G. C. (1964). Ghazali’s Book of Counsel for Kings (Nasihat al-Muluk), New York: London Oxford University Press.

 

Good Governance (satu definisi) 26/05/2009

Filed under: Dunia,Ilmiah,Politik,Tamadun,Teknologi — abusyakirin @ 1:55 am



Good Governance (satu definisi)

Istilah ‘Good Governance’ merupakan satu istilah yang agak popular mutakhir ini. Selepas pemahsyurannya oleh World Bank di dalam proposal mereka di dalam usaha membawa pembangunan di kawasan Sahara Barat tahun 1989, istilah ini terus menjadi tema ramai pihak di dalam usaha membawa perubahan di dalam pentadbiran. ‘Good Governance’ berasal dari perkataan ‘Governance’. Good Governance membawa konotasi sistem Governance yang baik. Apakah makna Good Governance, dan apakah makna Governance itu sendiri?

Isitlah Governance mempunyai sejarah yang tersendiri. Ianya berasal dari perkataan Latin Kubernan yang membawa maksud ‘steering’ atau memandu. Pada kurun ke-14, perkataan tersebut memberikan maksud kerusi di parlimen. Di dalam pengunaan Inggerisnya pula, ianya sering digunakan secara sinonim dengan Government. Maka tidak hairanlah di dalam banyak literasi Inggeris, perkataan Governance sering digunakan secara bebas menggantikan perkataan Government. Walau bagaimanapun selepas penggunaan isitlah Good Governance oleh World Bank pada tahun 1989 istilah berkenaan mengalami revolusi pada penggunaannya. Governance tidak lagi diempitkan kepada makna Government yang lebih membawa konotasi politik semata-mata.

Isitlah Governance telah digunakan oelh pelbagai pihak dengan selera masing-masing mengikut bidang dan ruang yang mereka kuasai. Sebagai contoh, di dalam bidang Pentadbiran Awam, Governance lebih merujuk kepada proses reformasi ‘New Public Management’ yang melanda dunia pada tahun 90′an. Konsep Governance lebih membawa kepada isu penswastaan dan juga pentadbiran ala-korporat demi meningkatkan mutu perkhidmatan awam. Di dalam bidang ekonomi pula, Governance lebih memberikan konotasi ‘New Political Economics’, iaitu bidang yang begitu mendominasi wacana ekonomi mutakhir ini. Di dalam bidang korporat pula,istilah Governance lebih merujuk kepada Corporate Governance yang membawa erti satu sistem dan mekanisme untuk pengurusan korporat yang lebih telus, tersusun, integriti dan akauntabiliti demi menjamin tahap pengurusan korporat yang cemerlang. Di dalam bidang politik antarabangsa pula, Governance lebih sinonim dengan istilah Global Governance yang begitu kontreversi. Di dalam bidang politik, istilah Good Governance pula lebih dibincangkan, namun ianya tidak terhad kepada ruang politik semata-mata, dan merangkumi juga bidang pentadbiran, ekonomi dan juga undang-undang.

Manakala istilah ‘Good Governance’ pula mempunyai pentafsiran yang pelbagai juga. Ianya pernah digunakan di zaman Eropah kuno di kalangan masyarakat England untuk merujuk kepada ‘Perlakuan yang baik’ atau ‘Budi yang baik’ yang dapat diterima oleh masyarakat. Ianya digunakan sebagai lawan kepada istilah ‘Bad Governance’ yang merujuk kepada akhlak yang buruk ataupun tingkah laku yang tidak dapat diterima oleh orang ramai. Di zaman moden ini, pasca laporan World Bank 1989 berkaitan Sahara Barat, Good Governance menjadi sitilah yang begitu diminati oleh ramai pihak yang membicarakan isu pembangunan dan pentadbiran negara. Ianya merujuk kepada sistem pentadbiran yang mempunyai mekanisme untuk membangunkan negara dan memberikan ruang yang luas kepada rakyat untuk mengecapinya.Ianya tidak terhad hanya kepada sistem politik, tetapi merangkumi kesemua mekanisme di dalam bidang pentadbiran awam, ekonomi dan juga undang-undang.

Pada awalnya, isitlah tersebut digunakan oleh badan-badan kewangan antarabangsa dan juga badan-badan antarabangsa yang terlibat dengan isu pinjaman, bantuan dan juga dana untuk pembangunan sesebuah negara. Untuk memastikan negara-negara yang menerima bantuan, dana ataupun pinjaman mereka itu benar-benar dapat layak mendapatkan dana tersebut, maka mereka menggariskan beberapa syarat agar mereka penuhinya. Rasionalnya, sayarat-syarat tersebut digubal demi memastikan dana yang disalurkan akan membawa kepada pembangunan dan digunakan untuk kemaslahatan rakyat. Tanpa mekanisme yang sempurna, ditakuti dana yang disalurkan akan dihabiskan oleh para pemerintah yang korup untuk kepentingan mereka semata-mata. Hal ini banyak berlaku kepada negara-negara Timur Tengah dan negara-negara Afrika yang diperintah oleh para diktator yang korup.

Berdasarkan taipologi inilah, siri artikel Good Governance ini akan berpaksi dan menghasilkan ide ‘Islamic (Good) Governance’…

 

Good Governance versi Islam (mukadimah) 26/05/2009

Filed under: Dunia,Ilmiah,Politik,Tamadun,Teknologi — abusyakirin @ 1:47 am



Good Governance versi Islam (mukadimah)

Antara igauan barat terhadap agama ialah campurtangan gereja di dalam urusan pemerintahan. Dogma yang dibentuk pada awalnya di zaman Maharaja Byzantin, Constatntine telah memberikan mimpi buruk bagi rakyat Eropah selama beberapa kurun. Selepas kejatuhan Holy Roman Empire, igauan tersebut bermula dengan begitu dahsyat. Gabungan pemerintahan di antara gereja dan istana telah menyaksikan tamadun manusia barat berada di tahap paling rendah. Rakyat dibahagikan mengikut kelas dan kasta di dalam acuan Eropah yang tersendiri. Golongan gereja dan istana sebagai pemerintah yang mempunyai kuasa ‘suci’ dengan restu Pope, manakala golongan Singneore dan Land Lords menjadi penguasa di kawasan masing-masing dengan autonomi tersendiri. Rakyat jelata, samada mereka itu petani, hamba, peniaga ataupun tentera merupakan kasta terendah dan menjadi sumber kewangan pihak pemerintah dan penguasa kawasan.

Rakyat Eropah pada waktu itu hidup di zaman yang digelar oleh penyair Itali, Francesco Petrarca (aka Petrarch) sebagai ‘Dark Ages’ (zaman kegelapan). Mereka terpaksa akur dengan strarta sosial tersebut di atas nama agama dan kepatuhan kepada Tuhan. Segala kezaliman dan ketidak adilan istana dan gereja yang memungut cukai berlebihan, dijustifikasikan di atas nama ‘agama’. Tidak hairanlah Karl Marx dengan sinis menuduh agama sebagai ‘candu masyarakat’. Hal ini berterusan sehinggalah kebangkitan reformer Martin Luther dengan agenda ‘Protestanisme’nya yang membawa kepada zaman pencerahan Eropah. Perjanjian Westphalia, menurut Pagden di dalam ‘Worlds at War’ adalah pukulan terakhir kepada campur tangan ‘gereja-istana’ di dalam kamus politik rakyat Eropah. Maka bermulalah pradigma sekularisme di dalam nuansa politik Eropah yang menyaksikan dokotomi di antara agama yang terhad kepada ruang peribadi dengan negara atau politik yang mendominasi ruang umum.

Pengalaman buruk Eropah ini amat bertentangan dengan pengalaman masyarakat dunia yang lain, terutamanya umat Islam. Bagi umat Islam, semenjak hari pertama Nabi Muhammad SAW dilantik menjadi ketua kaum Muslimin di negara kota Yathrib (yang kemudiannya digelar Madinah) menandakan satu prinsip yang jitu di dalam ajaran Islam. Seperti komentar W. Montgomery Wattdi dalam ‘Muhammad: Prophet and Statesman’, Islam telah meletakkan bahawa politik dan urusan pemerintahan adalah sebahagian daripada ajaran Islam itu sendiri. Ann Lambton di dalam ‘State and Government in Medieval Islam’ pula memberikan pandangan bahawa Islam telah meletakkan urusan pemerintahan sebagai salah satu cabang ‘Shariah’ ataupun hukum Tuhan. Hal inilah yang membezakan di antara dogma ‘gereja-istana’ dengan ‘politik Shari’ah’ ataupun ‘politik Islam’.

Ajaran Gospel tidak membawa konotasi bahawa seruan Jesus mengambil kira urusan politik. Malah perkataan terkenal Jesus ‘render the God’s to God, and the Ceaser’s to the Ceaser’ telah menjadi slogan ampuh untuk ideologi sekularisasi. Oleh kerana ajaran Jesus (seperti yang didakwa oleh penganut Kristian) tidak menyentuh dan tidak memberikan perhatian kepada isu politik dan pemerintahan, maka gabungan tersebut akan membuka ruang kepada para ahli agama dan penguasa gereja untuk menggunakan autoriti mereka mencorakkan ruang tersebut. Maka hukum hakam berkaitan dengan agama menjadi kuasa mutlak pihak ahli agama tanpa adanya satu prinsip tegar dan putus untuk dijadikan teras. Hal inilah yang telah memberikan kebebasan bagi para penguasa gereja dan pemerintah istana untuk sewenang-wenangnya melakukan kezaliman di atas nama Jesus. Mungkin ada pihak yang cuba memberikan hasil karya Max Weber sebagai sangkalan bahawa agama Kristian itu menyediakan tapak sekularisasi, namun perlu diingat, yang Weber cadangkan itu adalah ‘Ethics of Prostentanism’ berteraskan fahaman Calvinism beliau dan bukannya bidang politik sebagai salah satu cabang ajaran Kristian. Ruang etos mempunyai medan yang terbuka dan tidak disempadani dengan batas sekularisasi, kecuali di kalangan sekularis tegar dan radikal.

Berlainan dengan Islam. Di dalam tidak ada autoriti ke’gereja’an. Di dalam Islam tiada kedudukan ‘penguasa gereja’. Di dalam Islam, pihak pemerintah juga bukannya wakil Tuhan, ataupun seseorang yang mempunyai kuasa kesucian di atas nama Tuhan. Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW para pemimpin umat Islam hendaklah dipilih dari kalangan rakyat, dan mereka tidak memiliki kuasa mutlak ataupun mempunyai kekebalan. Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW juga, agama tidak dimonopoli oleh sesuatu institusi, tetapi dipelihara oleh setiap individu ummah. Barangsiapa yang mempunyai kelayakan untuk berijtihad dan memahami dalil, maka mereka mempunyai autoriti untuk mentafsirkan agama.

Tidak hairanlah di dalam sejarah umat Islam yang berusia lebih 1400 tahun, agama mempunyai peranan yang isitmewa di dalam politik. Pertamanya, institusi politik berperanan sebagai penyebar dan penjaga agama dari dicemari, tetapi bukannya pentafsir dan juga penguasa mutlak agama untuk menzalimi rakyat. Keduanya, agama sering dijadikan ruang berlindung oleh rakyat di dalam usaha mereka untuk berhadapan dengan institusi politik (dawlah – state), seumpama ruang masyarakat sivil. Hal ini bertambah nyata selepas Imam al-Shafie menggariskan bahawa hanya para mujtahid sahajalah yang berhak menguasai autoriti agama melalui institusi Waqaf demi menghalang pihak istana dari mempergunakan agama. Maka, jika pihak istana berlaku zalim, pihak Waqaf ataupun para ulama yang mewakili rakyat akan segera berhadapan untuk mengkoreksi para penguasa istana.

Ketiganya, hubungan agama dan istana di dalam sejarah Islam amat unik. Jika seseorang pemerintah itu mempunyai pegangan agama yang kuat, maka dia akan berlaku adil. Doktrin hari pembalasan dan syurga-neraka menjadikan seseorang pemerintah mempunyai sistem akauntabiliti diri yang akan mengawal dirinya dari berlaku curang dan zalim. Begitu juga halnya dengan para penjawat awam dan gabenor-gabenor di dalam negara Islam. Surat-surat para khalifah kepada para gabenor dan penjawat awam sering menekankan isu pegangan agama dan juga akhlak agar keadilan akan dapat ditegakkan melalui individu-individu berkenaan. Literasi-literasi silam hasil para ulama berkaitan politik juga seirng menekankan persoalan tersebut.

Sebagai contoh, karya-karya berupa nasihat kepada para pemerintah seperti ‘Siyasat Nameh’ karangan Nizam al-Mulk, ‘Nasihat al-Mulk’ karya al-Ghazali, ‘Adab al-Katib’ karangan Abdul Hamid al-Katib, dan lain-lain lagi karya telah menjadi bukti kepada penekanan terhadap peranan ber’agama’ di kalangan mereka yang terlibat dengan urusan pemerintahan. Para pemerintah juga sering diikatkan dengan doktrin agama oleh para ulama di dalam pentadbiran mereka demi menjamin kestabilan dan demi mengekang nafsu mereka agar tidak menzalimi rakyat. Para ulama muncul dengan pelbagai tulisan yang berupa teori-teori mereka untuk diamalkan oleh para pemerintah demi mencapai tujuan berkenaan. Agama telah dijadikan tema agar pihak pemerintha menggunakan mekanisme yang mereka syorkan agar keadilan akan tetap terpelihara. Kitab ‘al-Kharaj’ karangan Abu Yusuf, ‘al-Amwaal’ karangan Ibn Obeid, ‘al-Ahkam al-Sultaniyyah’ karangan kedua-dua al-Mawardi dan al-Farra, kitab ‘al-Ghiyathi’ karangan al-Juwayni, kitab al-Siyasat al-Syar’iyyah karangan Ibn Taimiyyah adalah di antara karya-karya yang mempunyai tujuan seumpama ini.

Sejarah umat Islam bukanlah dipenuhi dengan wangian dan bunga-bungaan. Tiada hitam dan putih di dalam sejarah umat Islam. Pemerintah yang adil dan zalim silih berganti. Bukan semua pemerintah Islam itu adil dan beragama, namun apa yang menjadi pokok perbincangannya ialah kehadiran para pemimpin yang zalim tidak sekali-kali merosakkan struktur agama, dan begitu juga agama tidak sekali-kali menjadi alasan untuk menjustifikasikan kezaliman pemerintah. Bukan tidak ada para pemerintah yang cuba mempergunakan agama dan ulama untuk menghalalkan kezaliman mereka, tetapi seperti yang dijanjikan oleh Nabi Muhammad, pasti akan ada golongan yang bangkit membetulkan mereka. Agama tidak pernah diubah untuk memuaskan nafsu pemerintah. Sejarah menyaksikan golongan reformis dan pembangkang adalah terdiri dari kalangan ulama dan ahli agama, di atas nama Islam.

Pendekata, pengalaman buruk Eropah dengan agama tidak selari dengan pengalaman relatif Muslim dengan agama. Hanya selepas penjajahan barat ke atas negara-negara umat Islam dan juga selepas kelemahan Empayar Uthmaniyyah keadaan telah berubah. Di penghujung hayat empayar Uthmaniyyah, negara-negara umat Islam mula diperintah oleh para penguasa yang zalim dan korup, malah di kalangan pemimpin Uthmaniyyah sendiri. Kebanyakan mereka mengabaikan agama dan mengecilkan skop aktivisme golongan ulama kepada ruang undang-undang dan penyebaran serta pengajaran agama sahaja. Hal ini telah mengundang kritikan dari para reformis seperti al-Kawakibi, al-Tahtawi, al-Jazairi, al-Afghani, Abduh dan Rashid Redha. Di kawasan yang dijajah pula, agama telah menjadi ruang untuk para pejuang kemerdekaan bangkit demi mendapatkan kedaulatan negara dan politik rakyat. Gerakan Sanusiyah di utara Afrika, gerakan al-Mahdi di Sudan, gerakan Wahabiyyah, di semenanjung Arab gerakan Shah Waliyullah di India, gerakan Don Fodeyo di Afrika, perjuangan umat Islam di tanah Melayu,I ndonesia, selatan Thai dan Filipina adalah di antara bukti agama menjadi tonggak perjuangan kemerdekaan.

Kesimpulannya, pengalaman buruk Eropah di dalam keterlibatan agama di dalam ruang pemerintahan tidak boleh dipukul rata ke atas masyarakat dunia yang lain. Umat Islam yang mempunyai pengalaman yang brbeza mempunyai alasan mereka tersendiri untuk mengekalkan cara hidup mereka. Politik sebagai sebahagian dari Shari’ah memainkan peranan penting di dalam kehidupan umat Islam. Persoalannya, sejauh manakah ruang politik yang dicampuri oleh agama di dalam kerangka Shari’ah?, apakah ianya di dalam bentuk etos ataupun di dalam bentuk teori. Apakah ianya di dalam bentuk institusi ataupun ianya di dalam bentuk prinsip-prinsip?

Hal ini akan dibincangkan di dalam artikel akan datang (Good Governance versi Islam (mukadimah)2)

 

Good Governance for Dummies 21/05/2009

Filed under: Dunia,Ilmiah,Politik,Tamadun,Teknologi — abusyakirin @ 2:45 am



Good Governance For Dummies

Selesai perang dingin dan juga konsesi Washigton, dunia telah dikejutkan dengan satu fenomena baru. Pengisytiharan kemenangan ideologi liberal ke atas cara hidup-cara hidup lain di seluruh dunia oleh Fukuyama lewat ‘The End of History’ menjadi laungan pertama perubahan tersebut. Negara-negara liberal demokrasi melihat bahawa negara-negara ‘lain’ yang masih mundur memerlukan dosej tertentu dari fahaman liberislme untuk membolehkan mereka maju ke hadapan.

Seumpama faham ‘civitas’ yang dianuti oleh warga Greek kuno, faham ‘Eurocentism’ (meminjam istilah Edward Said) juga memberikan tanggungjawab kepada warga barat yang bertamadun untuk ‘membangun’kan warga dunia yang lain. Faham ini jugalah yang diakui oleh nabi Liberalisme Locke dan juga Nabi Utilitarian J.S. Mill. Kedua-dua mereka memberikan justifikasi penjajahan golongan kolonial di atas nama ‘membangun’kan bangsa lain. Bhikkhu Parekh melabelkan faham ini sebagai ‘Liberal Monism’. Faham yang melihat diri sendiri sebagai ‘yang paling bertamadun’ dan orang lain sebagai mundur, barbarian dan juga kurang akalnya. Jika dilihat, dari paradigma ‘civitas’ ini jugalah lahir perkataan ‘virtue’ yang merujuk kepada ‘the virtue of the Greeks’ yang perlu diamalkan oleh ‘manusia lain’ untuk mereka menjadi bertamadun.

Ketika World Bank memberikan keputusan analisa mereka terhadap kemunduran di Sahara Barat, mereka menamakan ‘governance’ (tadbirurus) sebagai penyakit utama masyarakat di negara tersebut.Governance yang lemah mengundang korupsi, kerajaan tidak stabil. patronisme, rasuah, diktator, elitisme dan penghujungnya membawa kepada kemunduran. Maka mereka memutuskan agar penawar ‘Good Governance’ menjadi formula utamanya. Semenjak dari prokalamasi tersebut, jenama ‘Good Governance’ sering menjadi tema di dalam usaha refomasi dan juga pembangunan, terutamanya di negara-negara dunia ketiga dan negara-negara membangun.

‘Good Governance; membawa nilai liberal dan demokrasi sebagai formula asasi untuk negara-negara membangun. Sepertimana World Bank, IMF, USAID dan UNDP juga turut serta di dalam usaha membina formula tersendiri di dalam membangunkan negara-negara mundur berdasarkan kerangka ‘Good Governance’. Berdasarkan kerangka tersebut, maka beberapa prinsip dan ciri-ciri yang membawa kepada ‘Good Governance’ diutarakan. Logiknya, apabila negara-negara tersebut beramal dengan ciri-ciri berkenaan, maka pembangunan akan dapat dicapai.Malah badan-badan antarabangsa tersebut meletakkan syarat bahawa mana-mana negara yang inginkan bantuan kewangan dari mereka hendaklah memenuhi ciri-ciri ‘Good Governance’ yang mereka gariskan.

Antara ciri-ciri ‘Good Governance’ seperti yang dikemukakan oleh badan-badan antarabangsa tersebutke atas negara yang ingin maju adalah: Tahap akauntabiliti yang tinggi di dalam pentadbiran negara, Transparensi (keluwesan) di dalam urusan negara, terutamanya yang melibatkan perbendaharaan, Keluhuran undang-undang (Rule of Law) yang memastikan bahawa undang-undang dipatuhi, dan juga badan kehakiman bebas dari pengaruh eksekutif mahupun legaslatif, hak asasi manusia yang dihormati terutamanya di dalam isu kebebasan politik, bersuara dan gender, gerakan masyarakat sivil yang aktif dan tidak dikongkong, dan juga perkhidmatan awam yang efektif dan effisien. Banyak lagi ciri-ciri lain yang dikemukan oleh badan-badan tertentu dan tidak diambil kira oleh sesetengah yang lain. Ciri-ciri yang disebutkan ini merupakan ciri-ciri yang disepakati oleh kebanyakan badan-badan antarabangsa yang terlibat dengan isu ‘Good Governance’.

Kerangka ‘Good Governance’ ini menjadi tema bagi kebanyakan parti-parti pembangkang dan juga badan-badan bukan kerajaan di negara-negara membangun di dalam usaha refomasi mereka. Sememangnya ciri-ciri atau lebih tepat dikatakan sebagai prinsip-prinsip ‘Good Governance’ tersebut merupakan mekanisme yang dapat membasmi gejala-gejala yang membantutkan pembangunan seperti rasuah, korupsi, elitisme, kronisme, nepotisme, salh guna kuasa, patronisme, kelemahan penjawat awam dan lain-lain lagi. Pengalaman barat yang dijana melalui kajian-kajian empirikal mereka telah membuktikan bagaimana gejala-gejala buruk yang membarah tersebut telah menghalang mereka dari maju.

Walau bagaimanapun, kerangka ‘Good Governance’ versi barat ini tidak semuanya sempurna. Mengadaptasi kesemua cadangan barat berdasarkan pengalaman mereka yang mungkin berbeza dengan pengalaman warga timur adalah kurang bijak. Sejarah mereka mempunyai topografi yang tersendiri, begitu juga dengan sejarah warga timur. Budaya yang membentuk identiti mereka juga mempunyai kelainan dengan budaya yang membentuk identiti warga lain, samada di timur mahupun di Amerika Latin dan Afrika. Maka, di atas kesedaran ini, mantan PM Singapura, Lee Kwan Yew telah bangkit untuk mencabar keunggulan ‘Good Governance’ versi liberal ini. Berhujahkan bahawa nilai-nilai ketimuran tidak sama dengan nilai-nilai barat, beliau telah menyanggah beberapa prinsip ‘Good Governance’ yang dikemukakan.

Bersambung di artikel akan datang….(Good Governance versi Asia)

 

 

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.