Setiap insan yang hidup di muka bumi pasti lahir melalui ibunya. Ibunyalah yang mengandungkannya. Dengan penuh susah payah kandungan itu dibawa pada setiap masa ke setiap tempat. Selama lebih kurang 9 bulan lamanya. Selepas itu terpaksa pula bertarung dengan kesakitan yang amat dahsyat melahirkannya. Ibu sanggup menaruh nyawa untuk kelangsungan hidup anak yang bakal dilahirkan.

Keganasan dan kerakusan rejim zionis di bumi Palestin amat menyedihkan hati seluruh umat Islam di seluruh dunia. Entah mengapa agaknya penindasan terhadap rakyat Palestine seakan-akan tiada kesudahannya. Kita juga amat kesal dengan kebaculan pemimpin-pemimpin negara Arab yang gagal untuk bersatu tenaga bagi membantu umat Islam di Palestin memerangi tentera penceroboh Israel. Hal ini menyebabkan negara sekecil Israel boleh merampas tanah serta membunuh umat Islam di Palestin sesuka hati mereka di hadapan mata bangsa Arab tanpa mereka mampu untuk berbuat apa pun. Dalam usaha untuk membantu umat Islam di Palestine maka ramai dikalangan umat Islam di Malaysia menyeru untuk dilaksanakan solat hajat secara berjemaah di masjid-masjid demi memohon keselamatan sauadara-saudara kita di sana. Hanya sahaja apa sepatutnya yang lebih utama untuk dilaksanakan ketika musibah dan bencana sedang melanda umat Islam adalah mengerjakan qunut nazilah dalam solat-solat fardu. Namun sunnah Rasulullah s.a.w. mengerjakan qunut nazilah ini jarang-jarang dikerjakan walaupun keadaan umat Islam di seluruh dunia begitu terhimpit dan sewajarnya kita mendoakan keselamatan untuk mereka menurut tatacara yang diajar oleh Baginda. Dalil disyariatkan qunut nazilah ini adalah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abdullah ibnu Abbas r.a, dia berkata: “Rasulullah s.a.w. telah berqunut sebulan berturut-turut dalam solat Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh iaitu dalam rakaat terakhir ketika iktidal sehabis mengucapkan ‘sami’allahuliman hamidah.’ Di situ baginda berdoa untuk kebinasaan Banu Sulaim, Ra’al, Dzakwan dan Ushaiyah, sedang makmum yang di belakangnya mengaminkan doa itu.” – Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya. No: 1231 Anas bin Malik pula telah berkata: “Rasulullah s.a.w. tidaklah pernah berdoa selepas bangun daripada rukuk kecuali untuk memohon kebaikan kepada orang ramai atau mengutuk sesetengah kaum itu.” – Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah dalam Sahih Ibnu Khuzaimah dan juga diriwayatkan oleh al-Hafidz Ibnu Hajar dalam Bulughul Maram, no: 0242 Mengerjakan qunut nazilah ketika terjadinya bencana dalam kaum Muslimin merupakan pegangan mazhab Syafi’i, Hanafi dan juga Hambali. Berkaitan dengan perlaksanaan qunut nazilah ini Syaikh al-Mubarakfury telah berkata: Ini memang dikhususkan pada hari-hari genting dan ketika terjadinya peristiwa menakutkan atau bencana, kerana Nabi s.a.w. tidak pernah membaca qunut kecuali untuk mendoakan kebaikan bagi kaum muslimin atau memohonkan kebinasaan kaum kafir – Dinukil dari kitab Taudhih al-Ahkam Min Bulughul Maram karangan Abdullah bin Abdurrahaman al-Bassam, jilid 2, ms. 236 Syaikh Abu Ubaidah pula telah menegaskan: Membaca doa qunut (nazilah) dalam keadaan-keadaan tertentu merupakan bantuan berupa doa kepada sesama umat Islam. Sedangkan mendoakan musuh kaum muslimin supaya hancur telah dicontohkan dari Rasulullah s.a.w. dengan cara berdoa (berqunut nazilah) ketika solat, tepatnya setelah membaca sami’allahu liman hamidah pada rakaat terakhir. – Syaikh Abu Ubaidah Mashur bin Hassan dalam kitab beliau Al-Qawl al-Mubiin fii Akhthaa’ al-Musholliin, ms. 136- 137. Di antara lafaz-lafaz doa yang pernah Rasulullah s.a.w. ketika qunut nazilah adalah seperti berikut: Ya Allah, Selamatkan al-Walid bin al-Walid, Salamah bin Hisyam, Ayyash bin Abi Rabi’ah serta orang-orang beriman yang tertindas. Ya Allah. Timpakanlah kecelakaan daripada Mu kepada penduduk Mudhar, jadikanlah mereka atas mereka seperti tahun-tahun Yusuf (masa kemarau). – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya no: 804 Ya Allah, Laknatlah fulan, fulan dan fulan – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya no: 4559 Untuk situasi sekarang ini maka di dalam lafaz doa qunut nazilah tersebut hendaklah kita mendoakan keselamatan bagi rakyat Palestine dan ditimpakan kecelakaan terhadap rejim Zionis dan penyokong-penyokong kekejaman mereka. Qunut nazilah ini dilaksanakan setelah mengucapkan ‘sami’allahuliman hamidah’ ketika bangun dari posisi rukuk. Hendaklah imam mengeraskan suaranya ketika berdoa dan makmun dibelakangnya mengaminkan doa tersebut. Inilah sunnah Rasulullah s.a.w. ketika terjadinya musibah yang melanda kaum Muslimin. Tidak ada sebarang riwayat yang menunjukkan Rasulullah s.a.w. pernah menganjurkan solat hajat secara berjemaah dalam apa jua keadaan. Bahkan hadis-hadis tentang solat hajat itu sendiripun adalah berstatus lemah. Lazimnya, dalil yang digunakan untuk mensyari’atkan solat sunat hajat ini adalah hadis-hadis yang berikut. Menurut Faaid bin Abdurrahman yang meriwayatkan daripada Abdullah bin Abi Aufa, Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah atau kepada salah seorang bani Adam (manusia) hendaklah dia berwuduk serta membaguskan wuduknya kemudian solat dua rakaat. Terus (setelah selesai solat) hendaklah dia menyanjung Allah dan berselawat kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, kemudian dia mengucapkan doa…… Menurut Abu ‘Isa ini adalah hadis Gharib dan dalam sanadnya terdapat Faaid bin ‘Abdurrahman yang dha’if (lemah) dalam hadis dan Faaid dia adalah Abu al-Waruqa’. – Hadis riwayat Imam al-Tirmizi dalam Sunannya Kitab al-Sholaah, no: 441. Gharib bermaksud yang asing, jauh, aneh atau susah difahami. Hadis gharib bermaksud hadis yang diriwayatkan dengan satu sanad atau hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi. Hadis gharib ini ada yang sahih, hasan dan juga dha’if (lemah). Namun begitu hadis yang diperbincangkan ini statusnya dha’if dan tidak boleh dijadikan sebagai dalil dalam menetapkan sesuatu hukum. Ini diindikasikan sendiri oleh Imam al-Tirmizi r.h ketika meriwayatkan hadis ini. Hadis di atas ini berstatus dha’if jiddan (sangat lemah) kerana dalam sanadnya terdapat Faaid bin Abdurrahman Abu al-Waruqa’ dan beliau telah dilemahkan oleh ulamak hadis seperti Imam al-Tirmizi, Imam Abdullah bin Ahmad, Imam Ibn Ma’in, Imam Abu Daud, Imam al-Nasaai, Imam Abu Hatim, Imam al-Hakim, Imam Ibn Hibban dan Imam al-Bukhari. Oleh itu hadis di atas tidak boleh dijadikan dalil untuk mensyari’atkan solat Hajat. Sebuah hadis berkaitan dengan solat hajat juga telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Maimun Abu Muhammad al-Mura’i al-Tamimi. Dia berkata: Yahya bin Abi Kathir telah menceritakan daripada Yusuf bin Abdullah bin Salam daripada Abu Darda’ radhiallahu’ anh katanya: Wahai sekalian manusia! Aku telah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa berwuduk dan menyempurnakannya, kemudian mengerjakan solat dua rakaat dengan sempurna, apa sahaja yang dimintanya akan diberi oleh Allah baik cepat mahupun lambat. – Hadis riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya, no: 26225. Hadis ini juga tidak sahih kerana dalam sanadnya terdapat seorang perawi, iaitu Maimun Abu Muhammad al-Mura’i. Beliau seorang yang majhul (tidak dikenali) sebagaimana yang telah dinyatakan oleh ulamak hadis seperti Imam Ibn Ma’in, Imam Ibn ‘Adiy, Imam al-Zahabi dan Syeikh Nashiruddin al-Albani. Sanad hadis ini juga munqati’ (terputus) kerana Yahya bin Abi Kathir yang merupakan seorang tabi’ al-tabi’in telah meriwayatkan secara terus daripada Yusuf bin Abdullah bin Salam. Sedangkan Yusuf merupakan seorang sahabat Nabi s.a.w. Al-Tabi’in adalah seseorang yang di dalam hidupnya sempat berjumpa dengan sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam Manakala tabi’ al-Tabi’in adalah seseorang yang sempat berjumpa seorang tabi’in. Di dalam hadis ini, seorang tabi’ al-Tabi’in telah meriwayatkan hadis secara terus daripada seorang sahabat Nabi s.a.w tanpa perantaraan daripada seorang tabi’in di dalam sanadnya. Oleh itu, hadis ini dikategorikan sebagai munqati’, iaitu terputus sanadnya. Oleh itu marilah kita menyuburkan semula sunnah Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam yang semakin jarang-jarang diamalkan di Malaysia iaitu membaca qunut nazilah ketika terjadi apa jua bentuk musibah sama ada di dalam negeri mahupun di luar negeri. Semoga doa-doa kita itu dimakbulkan Allah s.w.t. dan dapat membantu meringankan beban saudara-saudara seagama kita serta menghancurkan musuh-musuh Islam.
QUNUT NAZILAH
Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah dengan baris dan ertinya, agar boleh dibaca oleh orang ramai.
اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ ونُثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفِد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحِق ، اللهم عَذِّبِ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ
Maksudnya : “Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU.”
اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ
اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم، ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لايُرَدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.
Erti :
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.
Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.
Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.
اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدَهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ
Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka
اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد … اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِك فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين
Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.














Komen Terbaru